• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Kisahnya Harimau Malaya?

oleh
30/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELUANG terbaik dimiliki skuad Harimau Malaya dalam melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 mungkin terjejas sekiranya saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020 hanya dibenarkan bersambung semula antara Oktober dan November depan.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe kini berada pada kedudukan selesa di tangga kedua Kumpulan G pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.

Hanya Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berada di tangga keempat dengan enam mata memiliki kelebihan satu aksi sementara pendahulu, Vietnam unggul dengan 11 mata diikuti Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Jika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhasrat menyambung semula saingan kelayakan yang ditangguhkan susulan penularan Covid-19 dalam kalendar perlawanan antarabangsa pada bulan November, maka peluang Malaysia untuk mara dilihat agak sukar.

“Macam mana nasib Malaysia dalam kempen kelayakan, skuad kebangsaan sekarang berada di kedudukan kedua. Saya risau boleh atau tidak kita bermain menentang UAE dan Vietnam kalau persediaan hanya bermula bulan Oktober.

“Kebiasaannya, kita akan ada dua atau tiga perlawanan persahabatan sebelum aksi sebenar tetapi kalau kebenaran hanya selepas bulan Oktober, bukan sahaja sukar nak aturkan perlawanan malah tahap prestasi pemain juga perlu diberi perhatian.

“Bayangkan selama enam hingga tujuh bulan pemain tidak mempunyai program latihan dan perlawanan berintensiti tinggi dan dalam tempoh yang singkat perlu bermain perlawanan yang kompetitif? Saya tidak nampak ia akan memberi kebaikan kepada pasukan kebangsaan,” jelas bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan.

Malaysia dijadualkan berdepan UAE di Dubai sebelum melayani kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada kalendar perlawanan antarabangsa FIFA, Mac lepas, namun terpaksa ditangguhkan sehingga ke satu tarikh baharu susulan penularan Covid-19.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedia memberi kebenaran untuk saingan Liga-M 2020 berlangsung selepas PKP ditamatkan, dan mungkin boleh disambung semula selewat-lewatnya pada November dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti aksi dijalankan tanpa penonton.

Meskipun tiada keputusan muktamad mengenai kenyataan Ismail Sabri itu, Sathianathan yang juga Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) berharap satu keputusan baharu yang lebih baik dapat dicapai.

Beliau percaya Malaysia yang menunjukkan peningkatan prestasi memberangsangkan sepanjang kempen kelayakan itu mempunyai peluang cerah mara ke pusingan ketiga kelayakan sekali gus mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

“Aksi berdepan UAE dan Vietnam merupakan dua pertembungan yang penting dan pada masa sama dengan kedudukan kita, Malaysia mempunyai peluang cerah. Jika bulan Oktober baru boleh bermain, jurulatih akan hadapi masalah untuk kumpulkan pemain yang cergas,” tegas pengendali berusia 61 tahun itu.

Sathianathan yang juga jurulatih Selangor berkata antara elemen terpenting dalam sesuatu perancangan seseorang jurulatih adalah kecergasan pemain.

“Untuk hadapi perlawanan getir, penting untuk jurulatih ialah memiliki barisan pemain yang aktif dan cergas. Bermakna pemain itu sedia untuk beraksi dalam perlawanan kompetitif. Kalau kita bertemu UAE dalam keadaan tidak bersedia, kita pasti dibelasah,” tambahnya.

Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007, namun sudah hampir 40 tahun Malaysia gagal meraih slot automatik Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait.

Tags: Harimau MalayaLiga Malaysiapiala asia 2023
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014  – Syafiq Rahim

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014 – Syafiq Rahim

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Syafiq Rahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berjaya melangkah ke...

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd