Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

KKM Nafi Manipulasi Data...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan memanipulasi data harian kes Covid-19...

Tesco Akan Ambil 600...

KUALA LUMPUR - Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd akan mengambil lebih 600 pekerja...

Malaysia Adakan Majlis Peringati...

SEPANG - Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi pesawat Malaysia Airlines...

Masjid Songsang Rasmi Hari...

Cape Town - Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya...

AMM Gesa Lanjut PKP Sehingga Lepas Aidilfitri

SHAH ALAM – Akademi Perubatan Malaysia (AMM) menggesa kerajaan supaya melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut AMM, pergerakan dari negeri ke negeri apabila masyarakat pulang ke kampung secara beramai-ramai untuk sambutan perayaan akan memburukkan lagi penyebaran wabak koronavirus (Covid-19).

“Apabila ramai yang balik kampung, ia akan memberi risiko penyebaran virus terutamanya kepada orang tua.

“Penjarakan sosial di hentian serta kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya juga berisiko untuk gagal,” katanya dalam satu kenyataan.

AMM berkata, pihaknya memahami keinginan masyarakat untuk meluangkan masa bersama sanak-saudara sempena hari raya, namun dalam berdepan wabak yang belum pernah dihadapi ini, penjarakan sosial perlu terus dilakukan sehinggalah vaksin baharu ditemui.

“Disebabkan pandemik Covid-19, penjarakan sosial perlu menjadi norma baharu sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu sehingga keadaan menjadi terkawal.


“Untuk tahun ini, sekurang-kurangnya perlu ada kawalan, pemantauan atau mungkin haramkan perhimpunan sama ada perhimpunan Ramadan, Aidilfitri atau Haji,” katanya.

Tambah AMM lagi, penarikan balik PKP atau penguatkuasaan yang terlalu longgar akan mensia-siakan kebaikan yang telah dicapai dalam tempoh empat minggu PKP dilaksanakan.

“Perang melawan Covid-19 masih jauh lagi, banyak pengorbanan yang telah dan akan terus dilakukan dalam tahun ini,” katanya.

Akademi itu turut yang mengingatkan hal sama terhadap Pesta Kaamatan pada 30 Mei di Sabah dan Hari Gawai yang akan disambut pada 1 Jun di Sarawak. – Sinar Harian

Kategori