• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Harap Pelanggan Tak Tuntut Bayaran Balik

oleh
12/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KAMI tidak memperoleh pendapatan, (kerana) 96 peratus penerbangan terjejas tetapi kami masih mempunyai komitmen kewangan berterusan seperti pembekal bahan api dan ejen pajakan.

“Saya tahu ramai antara anda (pelanggan) kecewa kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan, tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit akaun sebagai alternatif terbaik.”

Demikian e-mel dihantar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes kepada pelanggan syarikat penerbangan tambang murah itu yang terjejas selepas penerbangan ke destinasi yang ditempah terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggariskan semua warga Malaysia dilarang keluar dari negara sehingga memaksa syarikat penerbangan itu terpaksa membatalkan banyak penerbangan.

Tony dalam e-mel itu turut mengakui pihaknya terjejas teruk dengan keadaan sekarang dan kini berdepan cabaran terbesar.

“20 tahun lalu, ketika Kamarudin (Pengerusi AirAsia Datuk Kamarudin Meranun) dan saya memulakan AirAsia untuk membuka peluang kepada semua orang untuk terbang, malang tidak berbau apabila peluang itu kini tertutup.

“Ini adalah masa yang mencabar untuk semua, sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran saya. Jadi, saya ingin bersikap terbuka dan berterus-terang dalam situasi terkini,” katanya.

Menurutnya, bukan saja syarikat penerbangan itu tidak dapat beroperasi sepenuhnya berikutan 96 peratus pesawat tidak dapat terbang, malah komitmen kewangan berterusan turut dihadapi mereka.

“Berikutan cabaran ini, kami berusaha untuk mengurangkan kos supaya boleh beroperasi secepat mungkin dan menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia yang membuka peluang kepada semua untuk terbang.

“Kami adalah satu daripada syarikat penerbangan dunia yang tidak memberhentikan kakitangan kami. AirAsia adalah sebuah keluarga dan beribu-ribu kakitangan bergantung kepada syarikat ini untuk meneruskan kehidupan dan kesejahteraan keluarga mereka.

“Datuk Kamarudin dan saya bersetuju untuk tidak menerima sebarang gaji sepanjang tempoh ini. Selain itu, kakitangan juga menerima potongan gaji sementara daripada 15 peratus hingga 75 peratus bergantung kepada jawatan supaya syarikat dapat diteruskan,” katanya.

Menurutnya, AirAsia akan dijamin terus kukuh dan menumpukan sepenuh perhatian kepada operasi pada masa hadapan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan kerana menjejaskan rancangan perjalanan anda. Seperti syarikat penerbangan lain, AirAsia tiada pilihan selain membatalkan sejumlah besar penerbangan berikutan sekatan perjalanan oleh kerajaan untuk membendung wabak Covid-19,” katanya.

Katanya, ramai pelanggan menyuarakan kekecewaan kerana tidak mendapat bayaran balik untuk penerbangan mereka, tetapi pihaknya menggalakkan semua pelanggan menerima kredit sebagai alternatif terbaik.

“Lebih 80 peratus daripada anda menerima tawaran kredit dan kami amat menghargainya.

“Kami mahu memastikan syarikat mematuhi semua peraturan dan keperluan kerajaan masing-masing dan kami percaya ini adalah penyelesaian terbaik. Anda adalah antara 600 juta pelanggan yang terbang bersama AirAsia dan kami tidak sabar untuk bersama anda sekali lagi selepas semua ini, tamat,” katanya.

Menurutnya, walaupun pihaknya menggalakkan pelanggan menerima kredit yang bukan saja dapat dinikmati dengan kadar segera dengan tempoh sah selama 365 hari serta membenarkan pelanggan membuat pertukaran tarikh penerbangan tanpa had.

“Bagaimanapun, kami tetap menerima permintaan untuk bayaran balik berdasarkan kes, tetapi berikutan jumlah permintaan amat tinggi, ia mungkin mengambil masa antara 12 hingga 16 minggu,” katanya. – myMetro Online

Tags: AirAsiaCovid-19perintah kawalan pergerakanTONY FERNANDES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd