• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Batu Ditahan Ingkar PKP

oleh
21/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS menahan dua lelaki termasuk Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Sri Murni, Selayang, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, Prabakaran ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 40 tahun kerana melanggar PKP berhampiran kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokasi berkenaan.

“Kami menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 40 tahun itu kerana melanggar PKP berhampiran kawasan PKPD.

“Siasat lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 (Akta 342),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Santhara menafikan dakwaan Prabakaran kononnya beliau ditahan selepas berlaku pertelingkahan antara mereka, semalam.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, insiden itu bermula apabila Prabakaran secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik mesyuarat di Taman Sri Murni.

“Beliau tidak sepatutnya mengganggu mesyuarat sulit yang membincangkan isu keselamatan yang dihadiri 20 individu lain termasuk Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Panglima 12 Briged Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar.

“Ini kerana mesyuarat itu berstatus sulit dan saya memintanya menunggu di luar, namun beliau terus masuk ke dalam bilik berkenaan mempersoalkan mengapa kawasan tertentu dikenakan PKPD secara lantang.

“Apabila beliau mula bercakap dengan Ketua Polis Kuala Lumpur dengan nada tinggi, saya memintanya menunggu di luar sementara saya habiskan mesyuarat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memanggil Prabakaran masuk semula selepas 15 minit, namun Ahli Parlimen Batu itu tidak berbuat demikian, sebaliknya memilih untuk membuat siaran langsung Facebook di luar bilik mesyuarat dengan memberi maklumat didakwa fitnah dan mengelirukan.

“Secara peribadi saya maafkan dia, namun kesabaran saya ada batasnya. Saya mohon jasa baik yang memuat naik video berkenaan untuk memadam rakaman itu,” katanya. – myMetro Online

Tags: ahli parlimen batuP.Prabakaranperintah kawalan pergerakan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd