• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Zahir Sokongan PKP Dilanjutkan

oleh
24/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan sokongan terhadap keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka turut menzahirkan sokongan terhadap langkah-langkah tegas lain yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 dengan berkesan di negara ini.

“Seri Paduka Baginda telah berkenan mengambil maklum dengan langkah-langkah ini semasa majlis menghadap bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, hari ini,” katanya dalam kenyataan Istana Negara, hari ini.

Majlis menghadap berkenaan berlangsung selama 30 minit menerusi sidang video di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi.

Sehubungan itu, Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan pihak berkuasa atas pelaksanaan langkah-langkah terbabit.

Ahmad Fadil berkata, antara langkah berkenaan ialah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan berisiko tinggi seperti Kampung Sungai Lui di Hulu Langat, Selangor dan Simpang Renggam di Kluang, Johor.

“Ini termasuk melaksanakan perintah sama untuk mengekang penularan pandemik ini dalam kalangan kluster warga asing seperti di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, contohnya.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Langkah tegas kerajaan menutup pintu masuk kepada pelancong luar untuk mengelak kemasukan kes postif COVID-19 luar atau kes import turut dihargai,” katanya.

Menurut beliau, Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan pihak berkuasa kerana hasil daripada langkah-langkah pantas dan tegas itu, peratusan jangkitan positif COVID-19 di Malaysia lebih rendah berbanding negara lain, termasuk negara maju.

“Peratusan tinggi pesakit COVID-19 yang pulih dan peratusan kematian di Malaysia yang rendah turut membuktikan kerajaan mempunyai tatacara pengendalian pandemik antara yang terbaik di dunia,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka turut menyifatkan trend terbabit sebagai petanda baik untuk usaha memutuskan rantaian COVID-19 dan menamatkan PKP mengikut enam panduan dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Enam panduan itu ialah negara mesti dapat mengawal jangkitan dan penularan COVID-19; mempunyai tatacara pengesanan, kuarantin dan rawatan pesakit serta kontak; mengurangkan risiko penularan di fasiliti kesihatan dan pusat rawatan; melaksanakan langkah pencegahan jangkitan di tempat-tempat umum; menangani dan mengurangkan risiko penularan dari luar negara (kes import); komuniti dididik sepenuhnya berkenaan pandemik itu selain bersedia menjalani kehidupan dengan kebiasaan baharu.

Beliau berkata, berdasarkan rekod terkini, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mengekang rantaian pandemik dan menamatkan PKP.

Justeru, Seri Paduka meminta rakyat turut memainkan peranan dan memikul tanggungjawab dengan memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd