• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

88% Kes Positif COVID-19 Di Tahap 1 Dan 2

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 88 peratus pesakit yang disahkan positif COVID-19 di Malaysia berada pada tahap satu dan dua.

Laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan, tahap satu adalah kategori pesakit yang positif dijangkiti tetapi tidak bergejala manakala tahap dua adalah pesakit yang positif dan bergejala ringan.

KKM juga mendapati sebanyak tujuh peratus lagi berada pada tahap tiga dan empat iaitu positif dengan radang paru-paru tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan sementara tahap empat adalah pesakit yang positif dengan radang paru-paru dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Lima peratus pada tahap kelima iaitu mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang media harian, melaporkan Malaysia kini mencatatkan sejumlah 3,963 kes positif COVID-19 sehingga kini, dengan sebanyak 170 kes baharu dicatatkan setakat jam 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 92 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, sehingga tengah hari semalam juga, sebanyak 80 kes yang sudah pulih dan dibenarkan pulang dicatatkan.

“Ia menjadikan sejumlah 1,321 kes iaitu 33.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, sudah dibenarkan pulang,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKMpesakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd