• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

53,000 Pelajar IPT Mula Pulang Isnin

oleh
24/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula Isnin ini secara berperingkat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran pulang itu dijangka membabitkan kira-kira 53,000 pelajar dan hanya membabitkan kawasan zon hijau dengan perjalanan dibuat dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan besar di waktu siang

Pelajar ini juga akan menjalani saringan gejala COVID-19 walaupun sudah lebih sebulan berada di kampus sebelum menaiki bas walaupun tiada gejala dan mereka akan dibekalkan dengan makanan dan topeng muka.

“Mereka yang gunakan bas akan dihadkan dan dipastikan dari segi penjarakan sosial. Jika tempat duduk untuk dua orang hanya boleh digunakan seorang, bermakna kalau bas itu untuk 40 penumpang, hanya 20 penumpang dibenarkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Pelajar yang dibenarkan pulang akan diambil dari kampus dengan bas dan terus di bawa ke daerah masing-masing dan dihantar ke balai polis atau pejabat daerah sebelum barisan hadapan di sana menghantar mereka terus ke rumah.

Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri juga dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan mereka hanya memandu seorang sahaja.

Susulan pengumuman perlanjutan tempoh PKP fasa ketiga hingga 28 April pada 10 April lalu, gabungan beberapa persatuan mahasiswa menggesa kerajaan membenarkan penuntut yang masih berada di kampus dibenarkan pulang ke negeri masing-masing secara berperingkat.

Kerajaan bagaimanapun pada 13 April lalu memutuskan semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang masih berada di kampus tidak dibenarkan pulang ke rumah atau kampung masing-masing sepanjang PKP berlangsung.

Namun pada Selasa lalu, kerajaan mengumumkan sedia membenarkan kira-kira 100,000 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara yang sedang kuarantin di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing. – BH Online

Tags: Covid-19KPTPelajar IPTperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banyak Nikmat Kalau Berpuasa – Soo Wincci

Next Post

Kucing Disahkan Positif Covid-19 Di Amerika

Related Posts

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

24/06/2025
0

LANGKAWI - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau keadaan tujuh pelajar Malaysia yang masih berada di Iran susulan ketegangan yang...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Next Post

Kucing Disahkan Positif Covid-19 Di Amerika

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd