• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

41 Pelajar Tahfiz Sembuh, Discaj Dari HCTM

oleh
12/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 41 pesakit positif COVID-19 dalam kalangan pelajar tahfiz yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling sudah sembuh daripada jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pelajar Madrasah Miftahul Ulum, Seri Petaling itu sudah didiscaj dari Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), hari ini.

Katanya, sebelum ini mereka dikuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April lalu.

“Mereka adalah pelajar lelaki berusia antara 14 dan 29 tahun yang terdedah kepada COVID-19 sama ada ketika menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling pada awal Mac lalu dan persekitaran masjid selepas perhimpunan.

“Semuanya tidak mengalami sebarang simptom dan dua ujian swab saringan awal pada pertengahan Mac dan 24 Mac adalah negatif.

“Mereka dikuarantin di ISM dan pada 2 April, keputusan ujian swab ketiga yang diambil pada 30 Mac adalah positif COVID-19.

“Pelajar berkenaan seterusnya dimasukkan ke HCTM bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BH Online

Tags: Covid-19Ijtimak Tablighmasjid seri petalingPelajar Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd