• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

325 Petugas KKM Dikesan Positif COVID-19

oleh
23/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 325 anggota Kementerian Kesihatan (KKM) dikesan positif COVID-19 iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di kalangan anggota KKM, sebanyak 185 kes sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

“Selain itu, 137 kes sedang dirawat di hospital, tiga kes kematian dilaporkan sehingga kini membabitkan petugas kesihatan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kes berkenaan terdiri daripada 77 orang pegawai perubatan; 66 jururawat; 34 pegawai perubatan siswazah; 23 pakar perubatan; 21 penolong pegawai perubatan dan 104 lain-lain skim perkhidmatan,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota KKM ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes yang disahkan positif COVID-19 di fasiliti kesihatan KKM.

“Didapati, 70 peratus kes adalah berpunca daripada aktiviti persendirian misalnya menghadiri majlis keraian, ke luar negara dan sebagainya,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKMkoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd