• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

222 Discaj, 3 Kematian, 118 Kes Positif Baharu Covid-19

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan tiga kes kematian berkaitan wabak Covid-19 dan 118 kes positif baharu, setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 70 kes manakala jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,346 kes.

Menurutnya, 69 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 40 memerlukan bantuan pernafasan.

“Seramai 222 orang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya Covid-19 adalah sebanyak 1,830 kes iaitu 42.11 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Ini bermakna, bilangan kes yang di discaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke-68 (kes ke-694) adalah lelaki warganegara Malaysia berusia 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 daripada kluster Seri Petaling (kes ke-159) di mana telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah pada 17 Mac dan disahkan meninggal dunia 8.21 pagi ini.

“Kes kematian ke-69 (kes ke-4229) adalah lelaki warganegara Malaysia berusia 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Macdan disahkan meninggal dunia pada 4 pagi ini.

“Kes kematian ke-70 (kes ke-4230) adalah wanita warganegara Malaysia berusia 88 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan dementia.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-1684). Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 20 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 2.38 pagi ini,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, seramai 222 pesakit dibenarkan pulang dengan jumlah keseluruhan pesakit sembuh daripada jangkitan itu seramai 1,839 orang bersamaan 42.11 peratus. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKMkoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd