• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kematian, 90 Sembuh, 71 Kes Baharu Covid-19

oleh
23/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 95 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 71 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 5,603 kes keseluruhan dalam negara.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 42 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 21 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 90 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 3,542 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 63.2 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,966 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

1. Kes kematian ke-94 (kes ke-3,871)

• Wanita warga Malaysia berusia 32 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

• Beliau adalah anggota perubatan KKM dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-3,662 (yang berkaitan dengan kluster hospital pakar Muar, Johor).

• Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 6 April dan disahkan meninggal dunia pada 23 April, 12.36 tengah malam.

• Ini kematian ketiga dalam kalangan anggota kesihatan KKM.

2. Kes kematian ke-95 (kes ke-4,129)

• Lelaki warga Malaysia berusia 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

• Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-1575 (yang berkaitan dengan kluster PUI Bali).

• Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 8 April dan disahkan meninggal dunia pada 22 April, 11.48 malam.

Terdahulu hari ini, Harian Metro melaporkan, Nadila Rahmat, 32, jururawat di wad ortopedik HPSF meninggal dunia pada 12.36 tengah malam selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Tags: Covid-19CPRCKKMkoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd