• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Malaysia Terima AS$620 Juta Dari AS Setakat Ini

oleh
15/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia setakat ini telah menerima sejumlah AS$620 juta (AS$1 = RM4.32) dari Amerika Syarikat (AS) sejak usaha mendapatkan semula aset-aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimulakan pada Jun 2018.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dana itu termasuk AS$57 juta hasil penyelesaian dengan Red Granite Pictures (dikreditkan pada Mac 2019).

“Selain itu, AS$137 juta pula hasil jualan kepentingan Jho Low dalam Hotel Park Lane (dikreditkan pada April 2019) dan AS$126 juta hasil jualan kapal layar mewah, Equanimity oleh Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur (dikreditkan dalam akaun amanah pada Disember 2019),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, tranche terakhir membabitkan pengembalian dana sebanyak AS$300 juta yang dikreditkan pada April merangkumi wang atau aset dikaitkan dengan 1MDB yang diperoleh semula dan dilucutkan atau diserahkan kepada Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.

“Usaha mendapatkan semula aset-aset berkaitan 1MDB masih dijalankan dan Kementerian Kewangan (MOF) akan terus memberi kerjasama penuh kepada semua entiti siasatan domestik dan luar bagi memastikan hasil positif semua usaha ini di masa depan,” katanya.

Tengku Zafrul turut menzahirkan penghargaan kerajaan Malaysia kepada kerajaan AS dan DOJ yang membabitkan usaha mendapatkan semula aset-aset milik Malaysia.

“Bagi pihak kerajaan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur khususnya Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir yang sentiasa berhubung rapat dengan MOF dan Jabatan Peguam Negara sejak beberapa minggu lalu.

“Semangat perundingan yang gigih itu telah memudahkan lagi usaha pengembalian wang berkenaan kepada rakyat Malaysia. Kita juga berterima kasih di atas sokongan oleh rakan-rakan di pelbagai negara yang membantu Malaysia mendapatkan semula aset-aset berkaitan 1MDB ini,” katanya.

Tags: Amerika Syarikataset 1MDBTengku Zafrul Tengku Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd