• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

150 Ahli Keluarga Diraja Arab Saudi Dijangkiti Covid-19

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Sekurang-kurangnya 150 ahli keluarga diraja Arab Saudi dijangkiti koronavirus (Covid-19) sejak beberapa minggu lalu, termasuk Putera Faisal Bandar Abdulaziz Al-Saud yang kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), lapor The New York Times.

Putera Faisal, 70, adalah Gabenor Riyadh dan juga anak saudara kepada Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Memetik sumber rapat keluarga itu serta komunikasi hospital dan doktor di Arab Saudi, akhbar di Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan, sebuah hospital elit yang merawat ahli keluarga diraja itu sudah menyiapkan 500 katil dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

“Arahannya ialah bersedia untuk VIP dari serata negara,” kata sepucuk pekeliling yang diedar oleh Hospital Pakar Raja Faisal kepada doktor kanan hospital itu.

The New York Times berkata, mereka melihat salinan pekeliling itu.

Pihak hospital itu juga diminta hanya menerima kes yang mendesak sahaja dan seboleh mungkin ruang hospital diutamakan untuk kes VIP tersebut.

Laporan itu juga menyebut, Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman kini mengasingkan diri untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Menurut The New York Times pula, doktor percaya keluarga diraja itu terkena jangkitan Covid-19 yang dibawa oleh ahli keluarga itu sendiri yang berulang alik ke Eropah. – Agensi

Tags: Arab SaudiCovid-19keluarga dirajakoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd