• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

138 Anggota Kesihatan KKM Dikesan Positif COVID-19

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 138 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dikesan positif COVID-19 sehingga 12 tengah hari semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

Bagaimanapun, beliau menegaskan, tiada daripada kes tersebut yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad COVID-19 dan unit rawatan rapi (ICU) di fasiliti KKM.

“Sebanyak 58 kes (42 peratus) berkaitan dengan majlis perkahwinan yang dihadiri oleh individu yang juga menghadiri perhimpunan di Seri Petaling,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata 14 kes (10.1 peratus) pula berkaitan dengan pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan kes bergejala ringan setelah mereka (pesakit) tidak tahu atau tidak memaklumkan status mereka.

“Dua (2) kes daripada kumpulan ini tidak memaklumkan yang mereka telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sembilan kes pula berkait kontak dengan ahli keluarga yang positif COVID-19, enam kes berkaitan sejarah melawat luar negara, empat kes dari rakan yang positif COVID-19 , tiga kes dari pendedahan semasa aktiviti saringan di lapangan

“Dua kes telah hadir perhimpunan di Seri Petaling dan baki kes iaitu 42 kes masih dalam siasatan punca jangkitan,” katanya. 

Beliau berkata semua anggota kesihatan dan barisan hadapan termasuk pengamal perubatan swasta dan NGO, yang merawat pesakit perlu menggunakan penutup hidung dan mulut.

Katanya anggota kesihatan juga perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan penjarakan sosial dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan, terutama ketika melaksanakan prosedur klinikal.

“KKM juga menyeru supaya orang ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan memberi maklumat secara jujur mengenai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19, kehadiran ke mana-mana perhimpunan dan sejarah perjalanan ke luar negara,” katanya. 

Tags: anggota kesihatanCovid-19KKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd