• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Kematian, 80 Discaj, 170 Positif Covid-19 Hari Ini

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 63 kes.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham berkata, sebanyak 170 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan sehingga kini.

“Ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 3,963 di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 92 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 50 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham berkata, sebanyak 80 pesakit dibenarkan keluar wad hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 1,321 setakat ini.

Mengulas mengenai kematian terbaru itu, Noor Hisham berkata, kes kematian ke-63 (kes ke-3794) merupakan lelaki tempatan berusia 71 tahun yang berasal daripada Perlis.

“Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia pada 17 hingga 24 Mac lalu. Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor pada 5 April dan disahkan meninggal dunia pada 6 April jam 11.00 malam,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd