• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.17 Juta Permohonan i-Lestari KWSP Diluluskan

oleh
14/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEHINGGA 12 April 2020, kerajaan meluluskan 1.17 juta permohonan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan pengeluaran sebanyak RM572 juta bagi Mei 2020, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata di bawah program itu yang dianggarkan berjumlah RM40 bilion, rakyat Malaysia boleh mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 2 KWSP mereka bagi meringankan beban dihadapi.

“Ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang dapat meringankan beban mereka dengan duit ini.

“Adalah dijangka jumlah ini akan meningkat dalam bulan akan datang,” katanya menerusi siaran video di laman Facebook (FB) beliau di Kuala Lumpur, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan menerima 1.28 juta permohonan i-Lestari KWSP setakat 12 April 2020.

Mengenai Kemudahan Bantuan Khas (SRF) di bawah Bank Negara Malaysia yang memperuntukkan sebanyak RM5 bilion, beliau berkata, sehingga 12 April 2020, hampir 3,000 perniagaan telah diluluskan untuk menerima bantuan itu.

“Ia membabitkan jumlah sebanyak RM1.46 bilion, atau kira-kira 30 peratus tahap pelaksanaan,” katanya.

Bagi inisiatif subsidi upah bernilai RM13.8 bilion untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menteri kewangan berkata, setakat 12 April 2020 sejumlah 31,000 majikan telah memohon.

“Daripada jumlah itu, 98 peratus adalah syarikat kecil dengan jumlah pekerja 75 orang dan ke bawah.

“Anggaran implikasinya adalah berjumlah RM307 juta,” katanya.

Tengku Zafrul berkata bagi Program Pengekalan Pekerja dengan peruntukan sebanyak RM120 juta untuk membiayai RM600 sebulan bagi pekerja yang bercuti tanpa gaji, sehingga 12 April 2020, kerajaan telah menerima pemohonan daripada 6,900 majikan untuk 47,000 pekerja.

“Implikasi peruntukan adalah berjumlah RM28.6 juta,” katanya.

Perangkaan diumumkan Tengku Zafrul itu adalah berdasarkan kepada laporan Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang dilaporkan oleh Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).

Tags: i-lestarikementerian kewanganKWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd