Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Kenapa Bantah Bendera Putih?...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad...

Agong Zahir Ucapan Tahniah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

DAP Mahu Ramai Melayu...

KUALA LUMPUR - DAP mahu berusaha memujuk lebih ramai kaum Melayu menyertai parti...

Jayakumar Nafi Kerajaan Pusat...

PUTRAJAYA – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar mengetepikan laporan media asing...

Wan Ahmad Gesa Pengerusi, Ahli SPR Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun serta ahli suruhanjaya itu digesa meletakkan jawatan susulan perubahan kerajaan ketika ini.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan itu perlu bagi membolehkan SPR dilihat berfungsi sebagai sebuah badan perlembagaan yang bebas dan berkecuali.

Beliau mendakwa latar belakang mereka sebagai aktivis politik ketika di luar SPR sebelum ini, ketara mencerminkan sikap dan pegangan politik diri yang tidak berkecuali.

“Azhar dan ahli-ahli SPR lain sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum) dulu, mereka adalah aktivis politik pro-PH (Pakatan Harapan), maka eloklah mereka mengundur diri meletakkan jawatan secara bermaruah.

“Itulah yang wajar mereka lakukan kerana saya melihat mereka tidak sesuai untuk mengemudi dan terus berada di dalam badan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa, umum juga menganggap mereka sebagai individu yang didukung pihak tertentu dari kumpulan yang menentang kerajaan ketika ini.

Justeru, katanya keberadaan mereka sebagai anggota panel dalam SPR jelas bercanggah dengan semangat dan maksud yang termaktub mengikut Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan.


“Di bawah Perkara 114 (2) yang berkenaan, Perlembagaan dengan tegas dan jelas menyebut bahawa, “pada melantik ahli-ahli SPR, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

“Perkara bermaruah perlu mereka mahukan ialah meletak jawatan, tidak perlu berpura-pura lagi. Mereka sebenarnya orang-orang yang tidak layak,” katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin meneliti dan menyemak kehadiran kumpulan bekas aktivis politik proparti pembangkang yang kini masih berada dalam SPR.

“Dikhuatiri, kerajaan menyimpan mereka yang tidak jujur – ‘musang berbulu ayam’, ‘gunting dalam lipatan’,” katanya. – BH Online

Kategori