• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wahid Pertahan Pelantikan Zafrul

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAN Sri Abdul Wahid Omar, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan Menteri Kewangan yang baru dilantik Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz sebagai teknokrat yang berwibawa untuk menguruskan kewangan dan ekonomi negara.

Abdul Wahid berkata, beliau gembira melihat Tengku Zafrul yang berusia 46 tahun menerajui Kementerian Kewangan dan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk ekonomi.

“Saya gembira kita mempunyai teknokrat yang berwibawa seperti Tengku Zafrul di Kementerian Kewangan serta menteri yang berpengalaman, cekap dan amat rajin seperti Mustapa Mohamed di Unit Perancang Ekonomi untuk menguruskan kewangan dan ekonomi negara,” katanya, hari ini, bagi menjawab artikel yang diedarkan dalam media sosial mempersoalkan pelantikan Tengku Zafrul sebagai antara anggota Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abdul Wahid berkata, Tengku Zafrul dan Mustapa menghadapi cabaran yang besar dalam keadaan sekarang dengan harga minyak yang rendah, Covid-19, ekonomi global yang lembap dan pergolakan dalam pasaran kewangan.

“Mereka mendapat sokongan saya. Bagi kebanyakan kami yang bukan ahli politik, marilah kita semua memainkan peranan masing-masing dan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kabinet dan kerajaan hari ini untuk membina Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Abdul Wahid adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malayan Banking Bhd. (Maybank) sebelum menyertai Jabatan Perdana Menteri, menyelar artikel bersifat ‘fitnah’ itu.

“Tengku Zafrul antara tiga timbalan saya di Maybank dengan potensi untuk menggantikan saya sebagai CEO. Beliau adalah CEO Maybank IB bersama dengan Datuk Farid dan pasukan yang berjaya membina perniagaan perbankan pelaburan serantau di Maybank menjadi peneraju hari ini,” katanya.

Beliau berkata selepas Lembaga Pengarah Maybank melantik Datuk Abdul Farid Alias sebagai Presiden dan CEO di Malayan Banking Bhd., CIMB mengambil Tengku Zafrul dan beliau kemudiannya menggantikan Datuk Seri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak sebagai CEO CIMB Group.

“Semua CEO bank perlu lulus ujian yang wajar sebelum diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya

Tags: Abdul Wahid Omarmenteri kewanganTengku Zafrul Tengku Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama

Next Post

Tiada Rancangan Pembangunan Di Felda Wilayah Raja Alias

Related Posts

KPM Siasat Dakwaan Kertas Sejarah SPM Bocor

PM, Menteri Kewangan Terbabit Kes SPANCO Akan Disiasat

06/02/2024
0

KUCHING: Semua yang terbabit dalam membuat keputusan penganugerahan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (SPANCO)...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

07/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk golongan B40, khususnya golongan belia bermula...

Next Post

Tiada Rancangan Pembangunan Di Felda Wilayah Raja Alias

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd