• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tren, Bas Prasarana Operasi Seperti Biasa

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa, esok.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Muhammad Nizam Alias berkata, ia membabitkan perkhidmatan tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling; Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang dan Laluan Monorel.

Turut beroperasi dengan jadual kekerapan hari bekerja adalah Bas Rapid Transit Laluan Sunway dan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL; Rapid Penang; Rapid Kuantan; Rapid Kamunting dan Rapid Manjung.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan akan dibuat kemudian untuk memastikan kesesuaian jadual kekerapan yang digunakan.

“Memandangkan perintah pergerakan terhad ini diarahkan buat pertama kali, kami perlu memastikan kekerapan yang sesuai kerana belum dapat memastikan jumlah penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan kami pada esok dan sepanjang tempoh perintah pergerakan terhad ini.

“Kita akan berbincang dengan pihak Kementerian Pengangkutan khususnya Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum apa juga keputusan diambil berhubung kekerapan perjalanan tren dan bas kendalian Prasarana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Nizam turut mengesahkan bahawa Pusat Konsesi Hab Bas Pasar Seni akan dibuka seperti biasa untuk kemudahan golongan orang kurang upaya (OKU), pelajar dan warga emas mendapatkan diskaun 50 peratus untuk perjalanan mereka.

Maklumat lanjut perkhidmatan Rapid KL boleh melayari akaun Twitter dan Instagram serta Facebook @myrapid atau menghubungi talian Hotline di 03-78852585. – myMetro Online

Tags: basCovid-19perintah kawalan pergerakanPrasaranatren
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerja-kerja mencantikkan dan membalut tren KTM Johor terpaksa ditangguhkan kerana perlu menunggu kehadiran Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd