• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Hilang Sabar Dengan Safawi

oleh
04/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESTASI merudum bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang dikaitkan sedang hangat bercinta jelas membuatkan pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hilang sabar ke atas pemain sayap berkaki kiri itu.

JDT yang sudah mengharungi tiga aksi kompetatif termasuk satu aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) menentang Kedah serta dua perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berjaya memulakan kempen musim baharu dengan rentak positif.

Bagaimanapun, dua kemenangan masing-masing ke atas Kedah (1-0) untuk menjulang Piala Sumbangsih dan kejayaan mengejutkan kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings (2-1) selain tewas (1-5) kepada Vissel Kobe dari Jepun dilihat masih belum memuaskan hati Tunku Ismail.

Sebaliknya, impak besar yang diletakkan ke atas bahu Safawi masih belum menjelma seperti mana aksi terbaiknya sepanjang musim lalu.

Jelas Tunku Ismail, kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekanan daripada kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.

“Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh ‘boyfriend’ kahwin pasal takut terlepas, ‘boyfriend’ kaya, popular.

“Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu. Patut makin hancur ‘performance’ budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang,” kata Tunku Ismail di laman sosial Instagramnya.

Ujarnya lagi, beliau memberi amaran ‘keras’ kepada Safawi untuk segera mempertingkatkan prestasinya atau kemungkinan disingkirkan daripada pasukan.

“Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada kelab. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena ‘pressure’ setiap hari di paksa kahwin. Semoga maju jaya. Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***.”

Dalam posting berlainan, Tunku Ismail turut menasihatkan Syifa supaya tidak mengambil kesempatan ke atas Safawi.

“Kekasih anda sepatutnya bukan tempat untuk mendapatkan duit tetapi ia dibina atas perhubungan bukannya suatu pekerjaan. Faham tak S M (Syifa Melvin)?” – myMetro Online

Tags: JDTSafawi Rasidsyifa melvinTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd