• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Amirudin Perlekeh Sultan, Undang-Undang Tubuh Negeri

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan membeku peruntukan wakil rakyat pembangkang seperti diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor disifatkan sebagai cubaan memperlekehkan institusi diraja dan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Menyuarakan pandangan sedemikian, pakar perlembagaan dan jurisprudens watan, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata pentadbiran negeri adalah kerajaan di bawah Sultan yang memperuntukkan kuasa eksekutif kepada menteri besar, ketua menteri dan EXCO bagi menjalankan tugas menjaga kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, katanya, sebarang arahan yang menyaksikan peruntukan pembangunan untuk setiap wakil rakyat, tanpa mengira ia diwakili pembangkang atau kerajaan dibekukan kerana sentimen politik adalah tidak wajar.

“Arahan seperti itu (membekukan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang) seolah-olah tidak menghormati institusi diraja kerana menteri besar, ketua menteri atau EXCO hanya melaksanakan fungsi raja yang menitahkan supaya pemerintahan secara adil serta saksama diberikan kepada rakyat jelatanya.

“Menteri besar, ketua menteri dan EXCO ini diberikan kepercayaan untuk menjalankan fungsi badan eksekutif, selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan atau Raja masing-masing, justeru sebarang tindakan membelakangi kepercayaan yang diberikan, boleh dianggap cubaan menghina institusi diraja.

“Jika kita faham konsep sultan atau institusi diraja, ia tidak mewakili mana-mana parti, sebaliknya kepemimpinannya adalah mewakili segenap rakyat jelata tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, budaya atau ideologi politik.

“Jadi siapa pun yang diberi amanah memimpin, sepatutnya melaksanakan titah raja atau sultan dalam menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, hari ini mengumumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukan lagi sebahagian daripada komponen dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Pengerusi PH Selangor itu turut menegaskan semua jawatan pimpinan dan ahli BERSATU dilucutkan secara berperingkat, mulai hari ini, manakala peruntukan kepada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU dan dua wakil bebas di negeri itu dibekukan serta merta.

Amiruddin dilaporkan berkata, langkah pembekuan peruntukan kepada tujuh ADUN di Selangor itu dikatakan bagi menghormati mandat rakyat memberikan kepercayaan tinggi terhadap PH di negeri berkenaan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Susulan polemik itu, Wan Ahmad menegaskan yang kepemimpinan kerajaan negeri tidak sewajarnya mengamalkan prinsip diskriminasi, sebaliknya mereka perlu meletakkan kepentingan rakyat yang menaruh harapan kepada ADUN masing-masing untuk membawa pembangunan sewajarnya.

Bagaimanapun, katanya, arus pembangunan di kawasan diwakili ADUN berkaitan tidak dapat dilaksanakan tanpa peruntukan kewangan daripada kerajaan negeri, sekali gus bakal meminggirkan nasib rakyat dalam mengecapi kemajuan pendidikan, teknologi dan sosio-ekonomi.

“Dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri, mereka (wakil rakyat) ini bukan hanya berkhidmat kepada golongan penyokong parti dan melindungi kepentingan segelintir kelompok masyarakat.

“Sekiranya wakil rakyat ini nak jadi pemimpin parti, jangan pikul amanah diberikan sultan atau raja untuk jadi pemimpin kerajaan,” katanya. – BH Online

Tags: Institusi Dirajakerajaan negeri selangorpakatan harapanpembangkangwakil rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gelar Rakyat Sebagai ‘Tolol’, Rumah Wakil Rakyat Indonesia Musnah

Gelar Rakyat Sebagai ‘Tolol’, Rumah Wakil Rakyat Indonesia Musnah

31/08/2025
0

JAKARTA: Rumah Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Ahmad Sahroni dimusnahkan oleh masyarakat setempat susulan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd