• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Solat Jumaat, Bantu Putuskan Rantaian Covid-19

oleh
20/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua masjid di seluruh negara akan menghentikan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membantu negara untuk memutuskan rantaian virus koronavirus (Covid-19), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19, solat Jumaat tidak diadakan.

“Patuhilah arahan yang dikeluarkan dan gantilah solat Jumaat dengan solat Zuhur di rumah masing-masing bersama keluarga,” katanya dalam khidmat pesanan awam yang disiarkan di stesen-stesen televisyen hari ini.

Jelasnya arahan tersebut selari dengan langkah yang diambil di beberapa negara Islam lain, seperti Arab Saudi dan Kuwait.

“Hampir keseluruhan bersetuju dalam kes seperti ini dan semua pihak hendaklah mematuhi perintah yang ditetapkan pemerintah.

“Sekali lagi pesan saya, solatlah Zuhur di rumah, Insya-ALLAH ada hikmahnya,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengisytiharkan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara, bagi mengekang penularan Covid-19.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah, Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu.

Sebanyak 110 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 900 kes dengan negara mencatatkan dua kematian pertama pada Selasa.

Tags: Covid-19koronavirusperintah kawalan pergerakansolat Jumaat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

12/06/2026
0

KOTA TINGGI – Sekeping gambar memaparkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama anakandanya, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar menikmati...

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

05/06/2026
0

MERSING – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama anggota tentera di Masjid Kem Seri Iskandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd