• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Arahan Jauhi Kawasan Pantai, Bangsar – Noor Hisham

oleh
03/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan Pantai dan Bangsar di sini dalam tempoh 10 hari akan datang kerana jangkitan koronavirus (Covid-19) seperti yang tular menerusi media sosial.

Beliau berkata, laporan Bernama yang menyatakan bahawa seolah-olah Dr. Noor Hisham yang mengeluarkan nasihat sedemikian adalah tidak tepat.

Perenggan tidak tepat dalam berita berkenaan telah dimasukkan dalam laporan berita yang memetik kenyataan Dr. Noor Hisham memuji tindakan segera pakar perunding kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr. Sanjiv Joshi, yang secara sukarela menjarakkan dirinya dari hospital, klinik dan keluarganya selama 14 hari.

Dr. Sanjiv diuji negatif bagi Covid-19, namun beliau terus kuarantin dirinya semasa tempoh inkubasi kerana ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

“Dr. Sanjiv merawat kes 29 (wanita berusia 35 tahun yang berkongsi bilik dengan kes 24) yang kemudiannya diuji positif Covid-19. Dr. Sanjiv kemudian sukarela menjarakkan dirinya bagi tempoh 14 hari (daripada orang awam), saya berharap semua kontak rapat beliau akan mencontohi tindakan beliau untuk melakukan apa yang betul,” kata Dr. Noor Hisham menerusi catatan Facebook rasminya malam tadi.

Petikan berita tidak tepat itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk sekitar dan mereka yang ingin berkunjung ke hospital berkenaan dan kawasan sekitarnya.

Malam tadi, Bernama telah membuat pembetulan terhadap berita berkenaan serta mengeluarkan notis terhadap kesilapan itu namun laporan itu telahpun disiarkan lebih awal oleh beberapa organisasi media.

Setelah Bernama menghubungi editor-editor berkenaan, berita itu telah dikeluarkan daripada portal mereka.

Bernama kesal dengan penyiaran laporan yang tidak tepat itu.

Tags: Covid-19koronavirusNoor Hisham Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fadiah Nadwa Beri Keterangan Di Bukit Aman

Next Post

Saksi Tak Tahu Selva Mookiah Ikut SPRM Ke Arab Saudi

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Saksi Tak Tahu Selva Mookiah Ikut SPRM Ke Arab Saudi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd