• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti Kaedah Konvensional Lebuhraya Pan Borneo – Fadillah

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti kaedah konvensional yang digunakan untuk membina jajaran Lebuhraya Pan Borneo ketika ini, selepas pendekatan rakan pelaksana projek (PDP) ditamatkan pentadbiran terdahulu, berkuat kuasa 20 Februari lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata akan mendapat taklimat terperinci berhubung perubahan pendekatan sedemikian, namun pihaknya setakat ini menghormati keputusan dibuat Pakatan Harapan (PH) itu.

Katanya, penelitian semula terhadap keseluruhan aspek, termasuk jaminan kualiti pembinaan susulan langkah penjimatan akan dibuat, sebelum sebarang keputusan lanjut dimaklumkan kepada umum.

“Saya hormati perubahan dibuat pentadbiran terdahulu, mungkin mereka ada pandangan dan asas mengenai keputusan berkenaan.

“Justeru saya tidak dapat nak katakan jika bakal berlaku sebarang perubahan pada masa akan datang.

“Kita akan teliti dulu daripada taklimat terperinci kerana ada dua angka penjimatan yang dikeluarkan dua menteri PH sebelum ini, satu mengatakan RM3.1 bilion dan satu lagi RM2.8 bilion.

“Jadi angka penjimatan ini tidak berapa tepat, namun apa yang lebih penting ialah untuk kita lihat langkah seterusnya bagi memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

“Sebelum ini dimaklumkan, tempoh siap projek berkenaan terpaksa diinjakkan selama setahun, tetapi kita mahu langkah penjimatan ini tidak menjejaskan kualiti pembinaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sebelum ini menamatkan perjanjian PDP bagi projek Lebuhraya Pan Borneo, berkuat kuasa 20 Februari lalu.

Susulan penamatan khidmat PDP, kerajaan PH ketika itu meneruskan projek lebuh raya terbabit menerusi pendekatan konvensional, sekali gus dikatakan berjaya meraih penjimatan menjangkau RM3.1 bilion.

Bekas Menteri Kerja Raya, Baru Bian, pada 20 Februari lalu pula dilaporkan berkata anggaran penjimatan projek Lebuhraya Pan Borneo susulan perubahan pendekatan itu adalah RM2.865 bilion.

Penjimatan selepas kerajaan tidak lagi perlu membayar yuran PDP sebanyak 5.5 peratus itu bagaimanapun hanya akan diperoleh selepas penilaian penuh dilakukan pada masa akan datang.

Fadillah menjelaskan, pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini memilih pendekatan PDP kerana syarikat pelaksana diberikan siling untuk menyiapkan projek berkenaan, selain kerajaan tidak perlu menanggung risiko sekiranya peruntukan kos pembinaan melangkaui unjuran awal.

“Semuanya ditanggung oleh PDP, mereka boleh didenda kalau gagal memenuhi perjanjian, namun susulan perubahan pendekatan pelaksanaan, kita hanya akan tahu jumlah penjimatan selepas projek ini siap,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fadillah berkata, tawaran baharu kementeriannya akan mencakupi usaha membantu golongan isi rumah berpendapatan terendah 40 peratus (B40) dan golongan isu rumah berpendapatan pertengahan 40 peratus (M40).

Memberikan tumpuan kepada sektor pembinaan, beliau berkata, kluster ekonomi itu dijangka berupaya memberikan kesan limpah kepada kontraktor kelas G1, G2 dan G3 yang tergolong dalam kelompok B40.

“Setiap RM1 juta yang dibelanjakan kerajaan, ia mempunyai kesan gandaan manfaat sebanyak lapan kali, justeru ini diharapkan berupaya meningkatkan tunai di pasaran, selain menjana ekonomi dan rakyat,” katanya. – BH Online

Tags: Fadillah YusofLebuhraya Pan BorneoMenteri Kerja Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

17/03/2025
0

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran...

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

12/09/2024
0

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd