• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Mahu Kestabilan Politik – Ahmad Faizal

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah masih lagi meneliti calon Menteri Besar Perak yang Ke-13 kerana mementingkan kestabilan politik.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata Sultan Nazrin juga menitahkan ahli politik tidak bercakaran sesama sendiri dan baginda belum memutus pemimpin yang akan dilantik mengetuai kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Faizal bersama-sama Pesuruhjaya PAS, Razman Zakaria dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad baru selessai menghadap Sultan Nazrin kira-kira 4 petang tadi.

Ahmad Faizal yang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak sebelum ini mendakwa gabungan BERSATU, UMNO dan PAS memiliki 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

“Alhamdulillah. Kami bertiga mewakili parti UMNO, PAS dan juga sudah menghadap Tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan kami menyembahkan sepucuk warkah (surat) untuk diperkenan Tuanku Sultan untuk pilihan seorang Menteri Besar baru bagi kerajaan Perak.

“Bagi pihak kami bertiga, saya juga ingin menasihati semua rakyat bersabar dan bertenang sambil menantikan pengumuman yang akan dibuat oleh Tuanku Sultan berkenaan Menteri Besar yang Ke-13.

“Setakat ini, Tuanku Sultan belum lagi membuat keputusan berhubung lantikan,” katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta, hari ini.

“Saya berharap semua menjaga kesihatan seperti yang dititahkan Tuanku Sultan tadi, agar kami semua ahli politik dan rakyat lebih mementingkan kepada kestabilan politik, tidak bercakaran sesama sendiri dan mementingkan keselamatan dan kesihatan buat seluruh rakyat,” katanya.

Beliau turut sedikit membacakan perincian warkah yang disembah-maklukan kepada Tuanku Sultan.

“Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang terdiri dari tiga komponen parti politik iaitu seramai 25 orang Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), tiga orang Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan empat orang BERSATU bersepakat dan bersetuju untuk membentuk satu gabungan baru yang dinamakan Perikatan Nasional (PN) selari dengan Kerajaan Persekutuan.

“PN mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri untuk membentuk baru Kerajaan Negeri Perak. PN telah bersetuju untuk melantik seorang ADUN dari setiap parti komponen sebagai calon Menteri Besar untuk perkenan Ke Bawah Duli Tuanku seperti berikut: ADUN KOTA Tampan Datuk Saarani Mohamad (UMNO); ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bersatu) ADUN Semanggol, Razman Zakaria (PAS),” katanya. – BH Online

Tags: Menteri Besar Perakperikatan nasionalSultan Nazrin Muizzuddin ShahSultan Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

Hamzah, 18 Ahli Parlimen Sokong Ahmad Samsuri Pengerusi PN

Hamzah, 18 Ahli Parlimen Sokong Ahmad Samsuri Pengerusi PN

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seramai 19 Ahli Parlimen diketuai oleh bekas Timbalan Presiden Bersatu yang dipecat, Datuk Seri Hamzah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd