• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Ucap Takziah Keluarga Mangsa Kebakaran

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran diesel hydro treater unit di Pintu 1, Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Kota Tinggi, malam tadi, yang meragut empat nyawa.

“Saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku. Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan hati kepada keluarga mangsa,” titah baginda kepada Royal Press Office di sini. 

Titah baginda itu dimuatnaik dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebentar tadi.

Sultan Ibrahim bertitah supaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil tindakan segera bagi mengenal pasti punca kebakaran.

“Pada masa sama, saya mahu langkah-langkah keselamatan di tempat kerja sentiasa diutamakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

“Saya juga amat berharap keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu diberikan perhatian dan bantuan oleh majikan,” titah Sultan Ibrahim.

Pada kejadian kira-kira 10.50 malam tadi, loji milik Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem)  di PIC, disahkan terbakar dan berlaku letupan.

JBPM, dalam satu kenyataan berasingan, mengesahkan terdapat tujuh mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Empat ditemui rentung, seorang berjaya diselamatkan, seorang lagi terbakar 70 peratus manakala seorang lagi masih hilang.

Tags: kompleks bersepadu pengerangSultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Solat Jemaah, Jumaat Di Masjid 10 Hari – Mufti NS

Next Post

UMNO Tangguh Mesyuarat 21,039 Cawangan

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

Next Post

UMNO Tangguh Mesyuarat 21,039 Cawangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd