• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Stress’ Sampai Pandu Kereta Dalam Lapangan Terbang

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUASANA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, hari ini bertukar kelam-kabut seketika susulan kehadiran sebuah kereta di dalam bangunan berkenaan.

Dalam kejadian 5.30 petang, kakitangan LTSM dan orang awam panik apabila melihat seorang wanita dengan selamba memandu ke dalam kawasan bangunan tingkat satu yang juga balai ketibaan.

Difahamkan, wanita berusia 55 tahun itu mengalami tekanan perasaan dan memandu sehingga masuk ke kawasan bangunan LTSM.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.36 petang sebelum empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Wanita itu yang juga anggota APM segera masuk ke dalam ambulans APM sebaik ternampak kenderaan jabatan.

“Selepas hampir satu jam, dia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – myMetro Online

Tags: anggota APMLTSMtekanan perasaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Lebih Empati Dalam Menangani Kes Bunuh Diri

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - "Saya akan berdebar, sedih, menangis setiap masa, tiada selera makan, selalu dalam fasa penafian (denial), salahkan diri...

Analisis: Mental Masyarakat Semakin ‘Tenat’

02/07/2021
0

KUALA LUMPUR - "Will go through retrenchment, again... kuatkanlah hatiku,". (Akan berdepan pemberhentian pekerja lagi... kuatkanlah hatiku). Menyusuri status rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd