• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Terima Aduan Salah Guna Kuasa Projek ECRL

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima satu aduan mengenai salah guna kuasa berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). 

Tanpa mendedahkan penglibatan mana-mana individu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata aduan itu akan diteliti dahulu sebelum siasatan lanjut diteruskan. 

“Saya mengesahkan SPRM ada menerima aduan daripada pengadu berhubung dengan isu ECRL untuk disiasat. Bagaimanapun pihak saya (SPRM) akan meneliti dahulu aduan berkenaan. 

“Pihak saya (SPRM) tidak boleh mendedahkan mana-mana pihak yang diadukan dalam kes ini kerana siasatan belum dimulakan,” katanya kepada Bernama TV hari ini. 

Sementara itu, menurut sumber yang diperoleh Bernama TV, aduan itu antara lain meminta SPRM menyiasat kenaikan kos projek ECRL yang didakwa hanya RM30 bilion kepada RM44 bilion. 

Sumber itu yang merujuk satu laporan media berkata projek ECRL telah dibatalkan pada Januari 2019, namun, pada April 2019, bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berjaya meyakinkan kerajaan untuk meneruskan ECRL dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dengan kos RM44 bilion menerusi Pakej Pelan Baru ECRL.

Sumber itu mendakwa pelan baharu ECRL hanya menelan kos RM30 bilion setelah beberapa perkara dikurangkan antaranya pembatalan lima stesen di laluan Gombak – Klang. 

“Ini bermaksud pelan baharu ECRL lebih mahal RM14 bilion disebabkan pengurangan perkara-perkara berkenaan,” katanya. 

Projek ECRL disambung semula setelah perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan CCCC dimeterai pada 12 April 2019 yang menyaksikan pengurangan kos projek sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asal RM65.5 bilion.

Berikutan itu, projek rel itu akan dibina dengan jajaran baharu dan jarak landasan dikurangkan sebanyak 40 kilometer (km), iaitu sejauh 648 km berbanding rancangan awal sejauh 688 km.

Jajaran baharu itu ialah dari Kota Baharu – Mentakab – Jelebu – Kuala Kelawang – Bangi/Kajang -Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang. Cadangan asal projek ECRL itu menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor ke Pengkalan Kubor di Kelantan.

Tags: Projek ECRLSalah Guna KuasaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd