• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“SPRM Tak Pernah Dapatkan Pengesahan Saya” – Apandi Ali

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah memohon kebenarannya semasa berkhidmat sebagai Peguam Negara untuk melakukan pemintasan perbualan telefon membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2016.

Mohamed Apandi, 70, yang merupakan Peguam Negara (AG) dari 2015 hingga 2018, menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-89 perbicaraan kes Najib atas dakwaan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International.

Muhammad Shafee: Berdasarkan Seksyen 23 Akta SPRM 2009, sepanjang tempoh anda sebagai AG, adakah SPRM datang kepada anda untuk mendapatkan kebenaran bagi melakukan pemintasan sah?

Mohamed Apandi: Jawapannya tidak, tidak pernah. Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai dakwaan rakaman perbualan telefon berkenaan.

Muhammad Shafee: Jadi (pemintasan perbualan telefon itu) tidak pernah dilakukan dengan kebenaran anda?

Mohamed Apandi: Ya.

Terdahulu, Muhammad Shafee telah menyoal bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengenai sembilan rakaman audio berkaitan 1MDB yang didedahkan oleh SPRM pada sidang media pada 8 Januari tahun ini.

Rakaman audio yang kononnya melibatkan bekas perdana menteri dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu berprofil tinggi.

Muhammad Shafee kemudian menyoal saksi pembelaan ke-14 itu mengenai kenyataan media berhubung perkembangan siasatan 1MDB yang dikeluarkan pada 18 Januari 2016.

Muhammad Shafee: Apakah perkara menyeluruh yang anda nyatakan dalam kenyataan media itu?

Mohamed Apandi: Dalam kes SRC International Sdn. Bhd., ia menyentuh mengenai jaminan kerajaan mengenai pinjaman RM4 bilion kepada SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP). Selepas meneliti kertas (siasatan), saya berpuas hati bahawa kelulusan pinjaman daripada KWAP dilakukan dengan betul.

Beliau berkata bagi kes RM2.6 bilion (1MDB), beliau juga berpuas hati bahawa wang tersebut daripada keluarga diraja Arab Saudi, selepas melihat kertas dan fakta yang dibentangkan dalam kertas siasatan.

“Saya mendapati tiada bukti untuk menunjukkan bahawa perdana menteri (PM) ketika itu, telah melakukan sebarang kesalahan atau melakukan apa-apa amalan rasuah. Berdasarkan fakta dan bukti pada masa itu, saya berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh PM,” katanya dan menambah SPRM sendiri mengakui PM tidak melakukan amalan rasuah pada waktu itu.

Apabila ditanya oleh ketua pendakwaan, Datuk V. Sithambaram sama ada beliau yang mencadangkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Dzulkifli untuk menutup fail siasatan 1MDB dan SRC International, saksi menafikannya.

Bekas hakim Mahkamah Tinggi itu juga menafikan sebarang penglibatan, cubaan untuk menutupi kesalahan Najib, semasa disoal dalam pemeriksaan semula oleh Muhammad Shafee.

“Tidak, saya tidak pernah memberi sebarang arahan untuk menutupi kes ini,” katanya.

Mahkamah juga mendengar bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (ketika itu) telah mencadangkan kepada pasukan petugas khas 1MDB supaya Najib didakwa berhubung kes dana RM42 juta milik SRC International dalam satu mesyuarat pada 4 Julai 2015.

Seorang lagi saksi pembelaan ke-15, ACP R. Rajagopal dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman (CCID) berkata beliau mewakili bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesyuarat pasukan petugas khas 1MDB pelbagai agensi pada 4 Julai 2015. Pasukan petugas itu terdiri daripada polis, Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara.

Muhammad Shafee: Adakah pasukan petugas khas itu menerima cadangan Abu Kassim untuk mendakwa Najib?

Rajagopal: Tidak.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd., membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC.

Tags: 1MDBMohamed apandi aliNajib Tun Razakrakaman audioSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Kembali Dalam Kerajaan Persekutuan Selepas 1974, 1977

Next Post

Kepala Diserkup Sarung Bantal, Tangan Dan Kaki Diikat

Related Posts

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita barangan mewah bernilai kira-kira RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian dan alatan...

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Next Post

Kepala Diserkup Sarung Bantal, Tangan Dan Kaki Diikat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd