• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Sedia Penempatan Untuk Pekerja Malaysia

oleh
20/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua warga Malaysia yang bekerja di Singapura boleh terus bekerja seperti biasa, dengan syarat mereka tinggal di republik itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kedua-dua negara sudah berbincang semalam dan Singapura bersetuju menyediakan kemudahan penginapan kepada pekerja dari Malaysia mereka sepanjang tempoh perintah berkenaan.

Hasil perbincangan semalam juga, katanya, kedua-dua negara juga bersetuju kos bagi kemudahan tempat tinggal itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Singapura.

“Apabila mereka mahu pulang ke tanah air, dipersetujui semua saringan kesihatan dilakukan oleh Kerajaan Singapura bagi memastikan pekerja berada dalam tahap kesihatan yang baik.

“Pada masa sama, dipersetujui kedua-dua negara, penghantaran produk makanan diteruskan dan pemandu kenderaan akan disaring ketika keluar dan masuk ke republik berkenaan. Semuanya ditanggung Kerajaan Singapura,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang media perkembangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Ismail Sabri berkata, hasil perbincangan kedua-dua negara juga memutuskan diwujudkan dua jawatankuasa bersama Malaysia dan Singapura berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Malaysia.

Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura peringkat menteri itu dipengerusikan bersama oleh beliau dan Menteri Pertahanan Singapura.

“Kita juga bersetuju mewujudkan jawatankuasa kerja yang dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Luar kita dan Kementerian Luar Singapura yang turut dianggotai KSU beberapa kementerian lain yang terbabit,” katanya.

Katanya, Kerajaan Johor juga akan turut menganggotai jawatankuasa itu kerana membabitkan pergerakan harian antara Malaysia dan Singapura.

“Kedua-dua negara akan melakukan pemantauan pergerakan dari semasa ke semasa,” katanya. – BH Online

Tags: pekerja malaysiaperintah kawalan pergerakanSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd