• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Berhubung Dengan Malaysia Ikut Perkembangan

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura akan terus berhubungan dengan Malaysia, sesuai dengan perkembangan semasa, kata Menteri Perdagangan dan Industri republik itu, Chan Chun Sing dalam responsnya mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.

“Keutamaan kami adalah untuk memastikan bahawa rakyat dan perniagaan kami dapat meneruskan kehidupan serta urusan mereka,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Malaysia akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai 18 hingga 31 Mac 2020 berikutan wabak koronavirus (Covid-19).

Perintah kawalan itu, yang pertama dalam sejarah negara telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam satu siaran langsung malam tadi.

Sejumlah 125 kes baharu Covid-19 yang positif telah dilaporkan hari ini, membawa angka kepada 553 kes di Malaysia.

Chun Sing menasihatkan perniagaan yang mengambil pekerja Malaysia yang berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia, mungkin perlu mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan mereka.

Republik itu semalam telah mengumumkan sekatan sempadan ke atas kemasukan rakyat negara asing termasuk dari ASEAN.

Bagaimanapun, ia tidak merangkumi perjalanan laut dan darat membabitkan Malaysia, yang bermakna bahawa rakyat Malaysia dan Singapura masih boleh berulang-alik dari kedua-dua belah sempadan seperti biasa.

Dalam satu pengumuman yang dibuat pada Ahad lepas, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura Mengenai Covid-19, Lawrence Wong berkata, walaupun perintah itu terpakai kepada seluruh ASEAN, ia telah membuat satu perjanjian berasingan dengan Malaysia melalui kumpulan kerja dua hala.

Katanya, pertimbangan khas telah diberi kepada Malaysia memandangkan lokasinya yang sangat dekat serta saling kebergantungan yang sangat tinggi di antara kedua-dua negara.

“Kami memang memerlukan langkah berjaga-jaga memandangkan jumlah orang dan kenderaan yang bergerak masuk dan keluar,” katanya.

Berkuat kuasa pada jam 11.59, 16 Mac 2020, semua individu yang memasuki Singapura dengan sejarah perjalanan terkini ke negara ASEAN, Jepun, Switzerland atau United Kingdom dalam tempoh 14 hari terakhir akan dikeluarkan notis 14 hari Duduk di Rumah (SHN). 

Tags: Covid-19koronavirusperintah kawalan pergerakanSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd