• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serah Senarai Kabinet Kepada SPRM, Polis Langkah Tepat

oleh
09/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Inisiatif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan senarai anggota Kabinet untuk tapisan Polis Diraja Malaysia (Polis) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sangat wajar dan bertepatan dengan janji pembentukan kerajaan baharu Perikatan Nasional yang berintegriti serta bersih.

Bagaimanapun, Tokoh aktivis keselamatan, Tan Sri Lee Lam Thye mengharapkan senarai anggota Kabinet baharu dikemukakan Muhyiddin diwajibkan bebas rekod jenayah dan tidak terpalit dengan sebarang kes mahkamah sehingga boleh mengundang keraguan rakyat.

Menurutnya, saringan daripada polis dan SPRM amat penting bagi memastikan anggota Kabinet dilantik benar-benar berintegriti, berkaliber serta paling panting berjiwa rakyat.

“Sebagai Perdana Menteri baharu, Muhyiddin haruslah menghormati pandangan, aspirasi dan harapan rakyat Malaysia yang mahukan Kabinet baharu kali benar-benar berintegriti, berkelayakan serta paling penting berjiwa rakyat.

“Langkah SPRM dan polis menyaring senarai anggota Kabinet juga amat penting untuk Perdana Menteri menentukan bahawa calon-calon menjawat jawatan menteri tidak terpalit dengan kes mahkamah bagi menghindari persepsi negatif rakyat.

“Kalau ada pemimpin terlibat kes mahkamah, biar perjalanan kes itu selesai terlebih dahulu. Setelah itu, barulah mereka boleh diputuskan untuk menjadi anggota Kabinet atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, menurutnya, terpulang kepada kebijaksanaan dua agensi keselamatan berkenaan untuk menggunakan kaedah saringan yang sesuai.

“Saya yakin polis dan SPRM sudah mempunyai satu garis panduan yang mengikut standard piawaian antarabangsa bagi meneliti dan menapis senarai cadangan nama anggota Kabinet dikemukakan Muhyiddin.

“Kita serah kepada kebijaksanaan mereka dengan kaedah saringan diguna pakai tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak,” katanya.

Semalam, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata, Muhyiddin menyerahkan senarai anggota Kabinet untuk tapisan polis dan SPRM. – Sinar Harian

Tags: Lee Lam Thyementeri kabinetMuhyiddin YassinpolisSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd