• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tangguh Solat Di Masjid, Surau

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan menangguhkan solat fardu berjemaah serta Jumaat di surau dan masjid di negeri itu sehingga 17 April sebagai sebahagian langkah menangani penularan wabak COVID-19.

Turut ditangguhkan ialah aktiviti ceramah dan kuliah agama bagi mengurangkan impak dan penularan wabak berkenaan di Selangor.

Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas atas titah baginda bersama dengan Jabatan Mufti Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa Pasukan Tindakan Khas Menangani COVID-18 negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata ketetapan ini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara seperti diputuskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Walaupun begitu katanya, baginda menegaskan jika wabak itu dapat dibendung dan di atasi dalam tempoh lebih awal, satu arahan baharu akan dikeluarkan.

Beliau menjelaskan, baginda tetap membenarkan azan dilaungkan seperti biasa sebagai tanda pengumuman masuk waktu solat fardu.

“Bagaimanapun, baginda menetapkan solat Jumaat ini wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

“Bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya penularan wabak COVID-19 segera berakhir, baginda menyeru Qunut Nazilah digalakkan dibaca semua rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain Selangor, Johor adalah antara negeri yang turut mengeluarkan arahan pada hari ini bagi penangguhan solat berjemaah di surau dan solat Jumaat sehingga 26 Mac ini di seluruh masjid negeri itu.

Mohamad Bani berkata, Sultan Selangor turut menasihat rakyat di negeri itu tidak menghadiri atau berkumpul di tempat awam jika mereka mempunyai tanda penyakit COVID-19, bagi mengelak penularan virus berbahaya ini kepada rakyat Selangor.

“Baginda menyeru umat Islam di Selangor mendoakan kesejahteraan diri masing-masing, keluarga dan rakyat setiap kali selepas mendirikan solat.

“Baginda juga mahu rakyat Selangor mematuhi arahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan Persekutuan demi mencegah penularan baharu dan memulihkan keadaan segera,” katanya.

Beliau berkata, Sultan Selangor turut berharap rakyat bersabar dan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap usaha kerajaan menangani wabak ini.

“Baginda turut mendoakan keadaan akan kembali pulih seperti biasa dan seluruh rakyat dilindungi Allah SWT serta dijauhi daripada bala dan bencana,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19JAISMAISselangorSultan Sharafuddin Idris Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd