Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Pulang Beli Juadah, Lelaki...

SIK - Seorang lelaki yang baru pulang daripada membeli juadah berbuka, terkejut melihat...

Usul Tergempar Darurat Bencana...

KUALA LUMPUR - Usul tergempar mememinta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang selesai...

Penampakan Tikus Dalam Bekas...

JIJIK campur mengelikan! Seorang wanita yang sedang membeli barang keperluan dapur terkejut besar...

Lelaki Rakam Kutu Merayap...

JIJIK. Seorang penumpang sebuah bas telah merakamkan secara rahsia kepala seorang wanita di...

RM2 Bilion Projek Kecil Infrastruktur

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengenal pasti beberapa projek kecil untuk dilaksanakan seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, selain membersihkan rumah ibadat serta balai polis.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia turut merangkumi usaha meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4.

“Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disediakan. Pada masa sama, projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam pakej sebelum ini akan mula dilaksanakan pada April.

“Projek-projek ini termasuk 14 projek infrastruktur kawasan FELDA bernilai RM600 juta, projek membaik pulih sekolah daif di Sabah dan Sarawak bernilai RM350 juta dan projek membaik pulih perumahan rakyat termiskin bernilai RM150 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di sini, hari ini. – BH Online

Kategori