• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Sertai Himpunan Tabligh Di Indonesia

oleh
19/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Acara Ijtima of Asia 2020 di Indonesia yang dilaporkan bakal dihadiri ribuan jemaah tabligh, dipercayai turut dihadiri rakyat Malaysia.

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata meskipun pihak kedutaan telah mengeluarkan larangan agar rakyat Malaysia tidak menghadiri program itu, dipercayai berpuluh-puluh orang dilaporkan sudah berada di sana.

“Belum ada jumlah tepat rakyat Malaysia yang menghadiri acara itu, kami sedang berusaha mengesan mereka yang terbabit,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berdasarkan notis konsular agar rakyat Malaysia yang berada di Indonesia mendaftar menerusi e-mel dengan kedutaan di mwjakarta@kln.gov.my atau jkonsular@gmail.com, dipercayai turut didaftar ialah beberapa individu yang menyertai acara itu.

Menurut sumber Bernama, sejumlah 83 rakyat Malaysia telah berada di Sulawesi untuk menyertai acara itu, yang turut dihadiri jemaah tabligh dari 48 negara lain.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan sebarang surat keizinan (permit) untuk acara itu yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac, dan dalam proses berunding dengan pihak penganjur agar mereka bersurai.

Pada 27 Februari hingga 1 Mac lepas, dilaporkan lebih 10,000 orang menghadiri perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang kemudian ada antara pesertanya didapati positif Covid-19 dan telah menyumbang kepada peningkatan kes itu di Malaysia.

Pada 14 Mac lepas, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu notis konsular melarang rakyat Malaysia untuk tidak menyertai sebarang perhimpunan atau acara berskala besar di Indonesia susulan pandemik Covid-19, termasuk menghadiri acara perhimpunan itu.

Tags: Ijtimak TablighIndonesiarakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Doktor Ingatkan Rakyat Malaysia Duduk Di Rumah

Next Post

Harga Minyak Dunia Naik 20%

Related Posts

Harga Petrol RM1.99 Untuk Rakyat Malaysia, Bukan Warga Asing

Harga Petrol RM1.99 Untuk Rakyat Malaysia, Bukan Warga Asing

27/07/2025
0

MUAR - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menegaskan harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter yang diumumkan...

Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Sempadan Thailand-Kemboja Susulan Ketegangan Memuncak

Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Sempadan Thailand-Kemboja Susulan Ketegangan Memuncak

24/07/2025
0

BANGKOK: Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak daripada memasuki kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja susulan...

Next Post

Harga Minyak Dunia Naik 20%

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd