• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Permaisuri Agong Masak Untuk Petugas Perubatan

oleh
22/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap rakyat sememangnya tidak boleh dinafikan, lebih-lebih dalam situasi wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Hari ini Raja Permaisuri Agong berkenan menyajikan nasi berlauk hasil air tangan Baginda, kepada petugas di Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya.

“Hari ini saya masak untuk doktor-doktor, jururawat dan petugas di Hospital Sungai Buloh… semoga Allah SWT merahmati dan melindungi mereka yangg bertugas untuk negaraku Malaysia ….,” titah Raja Permaisuri Agong, menerusi hantaran di Instagram Baginda.

Dalam hantaran tersebut, antara menu yang dihasilkan oleh Baginda khas untuk petugas di Hospital Sungai Buloh adalah nasi putih, kari ayam, sayur goreng dan telur dadar yang dibungkus rapi dan diedarkan kepada petugas berkenaan.

Manakala nasi goreng ‘cheminahsayang’ dan sambal tumis bilis serta kek muffin menjadi menu untuk petugas CPRC.

“Nasi goreng cheminahsayang dan sambal tumis bilis… untuk pegawai, doktor dan jururawat bertugas corona di CPRC,” titah Baginda.

Pastinya menerusi hantaran tersebut, mencuit perhatian netizen yang memuji keprihatinan Tunku Azizah terhadap petugas perubatan, yang telah banyak berkorban masa dan tenaga bagi merawat pesakit COVID-19.

Antara komen yang diberikan:  

Bayahness: “Ampun Tuanku.. Patik selaku warga kerja kesihatan di hospital kawasan Sungai Buloh amat terharu dengan keprihatinan Tuanku.. Junjung kurnia Tuanku… Moga Allah merahmati. You are my idol. Ampun Tuanku.”

Wan_fary: “Beruntungnya staff di sungai buloh. Next HTAA Tuanku.” 

Ismazatulhusna: “Alhamdulillah junjung kasih Tuanku. Thank you to all Malaysian frontliners.” 

The_stories_of_familia: “Bangga ada Queen macam Tuanku.”

Tidak ketinggalan, kemurahan hati Baginda itu mendapat ucapan terima kasih daripada petugas Hospital Sungai Buloh atas sumbangan Raja Permaisuri Agong itu kepada mereka.

Respons itu dijawab dengan hantaran terbaharu Baginda di instagramnya dengan bertitah:     

“The least i could do… for the government servants sacrificing their life’s…i salute them.”

Tags: Covid-19Raja Permaisuri AgongTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd