• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka 40 Kertas Siasatan Berita Palsu Covid-19

oleh
18/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka 40 kertas siasatan berhubung berita tidak sahih mengenai wabak koronavirus (Covid-19) sejak 25 Januari hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes telah dituduh di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Sebanyak 26 kes masih dalam siasatan, manakala tiga kes ‘no futher action’ (NFA) yang telah diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 505 (b) iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Ia turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan,” katanya.

Huzir menggesa orang ramai untuk menghentikan penyebaran sebarang kenyataan atau artikel yang tidak sewajarnya melalui laman sosial.

“Penularan kenyataan itu dikhuatiri akan menimbulkan kerisauan dan mencetuskan kegentaran dalam kalangan masyarakat.

“Kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang didapati sengaja mensensasikan isu berkenaan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: berita palsuCovid-19koronavirusPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd