• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Meletup Ketika Berlepas Dari Manila

oleh
30/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Sebuah pesawat dalam misi pemindahan perubatan ke Jepun, meletup ketika mahu berlepas dari lapangan terbang di sini, hari ini, mengorbankan kesemua lapan penumpang dan kru penerbangan itu.

Menurut pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan, pesawat Westwind yang menuju ke Lapangan Terbang Haneda itu membawa enam kru warga Filipina bersama dua penumpang membabitkan masing-masing seorang warga Amerika dan Kanada.

Katanya, anggota bomba berkejar ke hujung landasan di mana pesawat itu dijilat api yang marak, dan berusaha memadamkan kebakaran terbabit menggunakan buih kimia.

“Malangnya, tiada di dalam pesawat itu yang selamat,” kata Pengurus Besar Lapangan Terbang Manila, Ed Monreal, pada sidang media.

Susulan kejadian itu, landasan terbabit ditutup, manakala penyiasat tiba di lokasi untuk menentukan punca insiden berkenaan.

Kebanyakan pesawat penumpang sudah berminggu-minggu tidak beroperasi di lapangan terbang itu sejak kerajaan mengarahkan kuarantin di Manila dan kepulauan Luzon di Filipina bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, Senator dan Ketua Palang Merah Filipina, Richard Gordon, pula memaklumkan melalui Twitter bahawa pesawat terbabit membawa tiga personel perubatan, tiga kru penerbangan, seorang pesakit serta seorang pengiring. – Agensi

Tags: Filipinamisi perubatanpesawat meletup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd