• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertemuan 15 ADUN Dengan TYT Positif – Ab Rauf

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Pertemuan antara semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, hari ini, hampir menemui jalan penyelesaian.

Reaksi positif dapat dilihat pada wajah ADUN berkenaan sejurus tiba di Hotel MITC, di sini yang menjadi lokasi perjumpaan serta sidang media.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dalam sidang media selepas itu memaklumkan pertemuan berkenaan mencapai kata sepakat untuk menamakan seorang daripada 13 ADUN BN sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

“Kita berjaya menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani 15 ADUN termasuk 13 daripada BN serta masing-masing seorang dari PKR dan DAP kepada Tun Mohd Khalil.

“Kita menyatakan BN mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan.

“Sudah pasti, akan ada seorang daripada 13 ADUN BN yang akan terpilih, cuma tunggu masa untuk menerima maklum balas dan watikah pelantikan (daripada Mohd Khalil),” katanya.

Difahamkan, BN mencalonkan ADUN Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Hari ini, PN Melaka menarik balik kerjasama dengan dua ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di negeri ini, membabitkan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Langkah itu susulan tindakan kedua-dua ADUN berkenaan mengetepikan peranan 13 ADUN BN dalam usaha membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Bagaimanapun langkah itu tidak menjejaskan hubungan PN Melaka dengan BERSATU. – BH Online

Tags: ADUN MelakaKetua Menteri Melakaperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd