• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Hina Agong Didenda RM6,000

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur hari ini didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam laman sosial Facebooknya, awal Mac lalu berhubung kemelut politik, baru-baru ini.

Hakim M M Edwin Paramjothy turut memerintahkan Ooi Wei Siong, 38, menjalani hukuman penjara tiga bulan, jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Edwin dalam penghakimannya berkata, mahkamah memandang serius gejala penghinaan seperti itu dan menyatakan kebebasan bersuara untuk menyuarakan sesuatu pendapat harus berpatutan dengan menggunakan bahasa, adab dan susila yang betul.

“Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan kita memberikan kebebasan bersuara kepada rakyatnya, kebebasan bersuara ini adalah tidak mutlak.

“Kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak merangkumi kebebasan untuk menghina dan menganiaya seseorang.

“Dalam kes ini, yang dihina adalah tonggak pemerintahan negara kita. Adalah jelas bahawa bahasa yang digunakan dalam hantaran yang dibuat OKS (Orang Kena Saman) adalah kesat, kasar dan jelik dengan niat untuk menjatuhkan martabat dan menghina tonggak pemerintahan negara kita,” katanya.

Edwin berkata, dalam membuat penilaian terhadap hukuman yang sesuai terhadap OKS, mahkamah juga mengambil kira faktor mitigasi yang berpihak kepada OKS, iaitu ini kesalahan pertamanya dan pengakuan salahnya menjimatkan masa dan kos.

“Saya juga mengambil kira keadaan sosio ekonomi keluarga dalam tanggungan tertuduh. Ini adalah faktor yang saya ambil kira dalam tidak menjatuhkan satu hukuman berbentuk pemenjaraan terhadap OKS.

“Saya juga mengambil kira kekesalan dan permohonan maaf oleh OKS,” katanya.

Selain itu, Edwin berkata dalam mengambil kira faktor pemberatan dalam hukumannya, beliau setuju dengan hujahan timbalan pendakwa raya yang bijaksana kepentingan awam dalam kes ini harus diberi keutamaan.

“Hukuman yang dijatuhkan perlu mengambil kira kepentingan awam dalam menegah orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama. Hukuman juga perlu memberi pengajaran kepada OKS dan orang lain yang berkemungkinan akan terjebak dengan kesalahan yang sama,” katanya.

Jumaat lalu, Ooi mengaku bersalah atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook “SAM OOI” dengan niat untuk menganiayai orang lain, pada jam 7.39 pagi, 1 Mac lalu.

Kenyataan itu dibaca dalam laman profil Facebook “Hanya di Kelate” di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27 Menara KPJ, pada jam 8.20 pagi, 2 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Annur Atiqah Abd Hadi manakala OKS diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh.

Tags: Al-Sultan AbdullahHina AgongPenganggurYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd