• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Simpang Renggam Jangan Risau, Panik – Maszlee

oleh
27/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang Johor diminta jangan panik dan risau susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa tengah malam tadi di dua kawasan berkenaan. 

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik berkata segala bantuan makanan dan perubatan akan diberikan kepada setiap isi rumah menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi yang terlibat.

“JKM sedang mengumpul maklumat terkini dan akan hantar bekalan makanan malah Kementerian Kesihatan sendiri akan hantar bekalan ubat yang diperlukan mereka yang sakit, warga tua termasuk untuk mereka yang sedang menjalani rawatan dialisis,” katanya menerusi temu bual eksklusif bersama Bernama Radio mengenai PKPD di Simpang Renggam menerusi aplikasi Skype hari ini. 

Tambah Maszlee, beliau telah berhubung dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan baginda menyampaikan salam buat penduduk yang terbabit. 

“Baginda sampaikan salam istimewa untuk penduduk kedua-dua kampung dan menitipkan doa yang terbaik untuk semua,” katanya. 

Dalam pada itu beliau berkata, suasana PKPD agak baharu serta mengejutkan, dan beliau meminta penduduk mematuhi segala peraturan dan arahan daripada pihak berkuasa demi kebaikan semua. 

“Saya rasa mereka dah biasa dengan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini cuma mereka agak terkejut kawasan mereka diisytihar zon merah sehingga tidak ada yang boleh keluar dan masuk, namun saya kira kedua-dua penduduk kampung itu akan berikan kerjasama yang baik,” ujarnya.    

Sementara itu, Maszlee berharap media membantu penduduk kawasan terbabit dengan menyalurkan berita yang informatif dan bermotivasi.

“Bagi pihak media saya amat mengharapkan supaya tidak mengeruhkan keadaan dengan mengambil beberapa berita daripada dalam yang akan menimbulkan kegusaran kepada penduduk sendiri…saya yakin kita boleh bertindak sebagai satu keluarga besar dan menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada semua,” jelasnya. 

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan mengumumkan dua kawasan di Simpang Renggam dekat Kluang, menjadi lokasi pertama dikenakan PKPD selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.

PKPD berkenaan melibatkan 3,570 penduduk dari 650 keluarga.

Tags: Maszlee MalikPerintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanSimpang Renggam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Ditutup Susulan Lanjutan Tempoh PKP

Next Post

Dana Khas RM8 Juta Daripada Industri Insurans, Takaful

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

Next Post

Dana Khas RM8 Juta Daripada Industri Insurans, Takaful

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd