• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Malaysia Di Singapura Diberi 2 Pilihan

oleh
18/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bekerja dari rumah atau tinggal di tempat yang disediakan oleh majikan adalah antara pilihan diberi oleh syarikat di Singapura kepada warga Malaysia yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di republik tersebut.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak COVID-19, kebanyakan pekerja Malaysia yang tinggal di Johor telahpun  mendapat pandangan daripada majikan mereka di negara itu.

Perintah itu, antara lain, meliputi sekatan perjalanan sepenuhnya terhadap semua rakyat Malaysia ke luar negara, selain menghalang kemasukan pelawat dan pelancong asing ke negara ini.

Bagi Ahmad Faeez Mohd Yusoff, yang bekerja di bahagian perkhidmatan tetamu dalam sektor perhotelan, majikannya mencadangkan agar mereka tinggal di Singapura dan akan menyediakan tempat penginapan sepanjang tempoh dua minggu penguatkuasaan perintah tersebut.

Bagaimanapun, bapa kepada lima orang anak itu bimbang untuk meninggalkan keluarga selama tempoh tersebut kerana tidak boleh pulang jika ada kecemasan.

“Saya risau pasal makan pakai mereka, kesihatan…terpaksa pantau dari jauh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Situasi sama dihadapi oleh pekerja dalam sektor perkhidmatan dan pengendalian makanan, Alfikri Johari, 50, dari Pontian, apabila majikannya bersedia menyediakan asrama sementara di Woodlands bagi pekerja Malaysia yang berulang-alik dari Johor ke Singapura setiap hari.

Bagi Mohd Hafiz Abu Hanipah, 35, majikan memberi dua pilihan iaitu bekerja dari rumah dengan iPad disediakan untuk kerja dalam talian atau tinggal di tempat yang disediakan oleh majikan di republik itu.

Beliau yang telah bekerja di sektor perkilangan selama 10 tahun itu, memilih untuk bekerja dari rumah bagi tempoh perintah kawalan pergerakan memandangkan fleksibiliti dan berdekatan dengan keluarga.

Kira-kira 400,000 orang memasuki Singapura menerusi Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah setiap hari, yang mana separuh daripada jumlah itu adalah warganegara Malaysia yang bekerja di republik berkenaan.

Tags: pekerja malaysiaperintah kawalan pergerakanSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd