• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Guna Dron Pantau Kawasan PKPD – KPN

oleh
30/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan dron untuk membuat tinjauan dan pemantauan di tujuh kampung di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor yang dikenakan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata penggunaan dron adalah cara paling selamat membuat pemantauan di lokasi PKPD.

“Bila kita terbangkan dron, kita akan lebih memahami keadaan geografi muka bumi di situ dan lokasi kediaman penduduk.

“Selain untuk semakan dan rekod, data boleh dikongsi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) di Batu 21 Sungai Lui, hari ini.

Beliau berkata, kaedahan pemantauan sama turut digunakan PDRM di dua lokasi di Simpang Renggam, Kluang, Johor yang lebih awal dikenakan PKPD.

Abdul Hamid berkata, kira-kira 50 anggota polis ditugaskan menjalankan kawalan di dua lokasi SJR di Jalan Sungai Lui iaitu di Batu 21 dan Batu 24 yang menghala keluar ke Semenyih dan Jelebu, Negeri Sembilan.

“Setakat ini saya puas hati dengan persediaan anggota kita di sini, dan kita masih menunggu agensi lain untuk tiba.

“Sebuah dewan serba guna berhampiran SJR ini akan digunakan sebagai pusat menyimpan bekalan makanan dan bilik gerakan PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Beliau berkata, penduduk berada dalam keadaan tenang sebaik hebahan pelaksanaan dibuat oleh petugas PDRM.

“Mereka diminta duduk di rumah dan bersabar dan pengumuman selanjutnya akan dibuat berkaitan bekalan makanan dan sebagainya sebaik petugas agensi lain tiba kelak.

“Saya yakin penduduk juga sudah bersedia dalam pemikiran mereka sekiranya ada tindakan sebegini (PKPD).

“Ini sudah masuk tahap kedua dan kita mahu perketatkan langkah (kawalan),” katanya.

Semalam, kerajaan memutuskan pelaksanaan PKPD di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui berkuat kuasa tengah malam tadi hingga 13 April.

Seramai 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah daripada tujuh kampung terbabit dalam arahan PKPD ini. – BH Online

Tags: dronPDRMPerintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd