• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Restoran Terhad Untuk Penghantaran, Bawa Balik

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Restoran dan kedai makan boleh meneruskan operasi mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula tengah malam ini.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pelanggan hanya dibenarkan membungkus atau membuat permintaan penghantaran makanan ke tempat masing-masing.

“Kita galakkan pemilik restoran membuat perkhidmatan penghantaran bagi memudahkan orang awam,” katanya.

Menurutnya, jarak sosial yang selamat antara individu merupakan kunci utama pelaksanaan perintah tersebut.

“Pasar malam tidak dibenarkan beroperasi kerana ia mengundang ramai orang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan cawangan Tealive di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa bekalan makanan mencukupi bagi menampung keperluan rakyat.

“Kita arahkan peniaga segera menambah bekalan keperluan semasa,” katanya.

Justeru katanya, rakyat tidak perlu bimbang dan membuat pembelian panik.

“Kita sudah bercakap dengan peruncit dan pemborong,” katanya.

Alexander berkata, seramai 2,500 penguat kuasa KPDNHEP turut diarahkan untuk menjalankan pemantauan di lokasi tertentu.

“Arahan sudah dikeluarkan bagi mengekang kenaikan harga barang dalam tempoh ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19kedai makanperintah kawalan pergerakanrestoran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd