• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai Kekayaan Taikun Malaysia Jatuh – Forbes

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelembapan ekonomi, penularan wabak Covid-19, kelemahan ringgit dan kejatuhan FBM KLCI sehingga 10% telah menjejaskan kekayaan 50 individu terkaya di Malaysia.

Forbes Malaysia’s Richest 2020 berkata, jumlah bersih kekayaan mereka susut sebanyak 7% kepada AS$79 bilion.

Ahli perniagaan terkemuka, Robert Kuok masih menjadi individu terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$11.5 bilion.

Kuok yang memegang gelaran itu hampir dua dekat adalah antara empat individu yang kekayaannya merosot lebih daripada AS$1 bilion pada tahun lalu.

Turut terjejas ialah Tan Sri Teh Hong Piow, pengasas Public Bank yang menyaksikan kekayaannya merosot tahun dari tempat ketiga kepada kedudukan kelima.

Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun, pemilik bersama AirAsia pula menyaksikan lebih satu pertiga daripada kekayaan mereka hilang.

Selain daripada isu koronavirus yang memberi kesan kepada perjalanan udara, keputusan mahkamah membabitkan isu rasuah Airbus turut memberi tamparan kepada mereka.

”Secara keseluruhannya, 22 senarai nama menyaksikan penurunan nilai bersih mereka sejak setahun yang lalu,” katanya.

Laporan Forbes berkata, antara individu yang tersenarai ialah Tan Sri Chen Lip Keong, yang memasuki merupakan jutawan lima teratas buat kali pertama.

Beliau berada pada kedudukan keempat dengan nilai kekayaan AS$5.3 bilion.

Seorang ahli perniagaan lain iaitu Kuan Kam Hon, yang menguasai Hartalega Holdings, pembuat sarung tangan nitril yang terbesar di dunia.

Lima jutawan yang baru senarai itu pada tahun ini ialah dua beradik Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng yang berkongsi warisan kekayaan sebanyak AS$4.8 bilion yang ditinggalkan oleh bapanya Tan Sri Lee Shin Cheng, pemilik empayar hartanah dan minyak sawit.

Shin Cheng meninggal dunia Jun tahun lalu.

Manakala dua usahawan teknologi iaitu Chu Jenn Weng, pengasas ViTrox dan bekas jurutera Hewlett-Packard, Oh Kuang Eng, pemilik Mi Technovation untuk perkakasan semikonduktor.

Tan Sri Vincent Tan pula tidak terkecuali terjejas akibat kejatuhan pasaran saham.

Penurunan saham Berjaya Corp. kira-kira-kira 14% sejak setahun lalu menyebabkan kekayaannya susut 2.6% kepada AS$750 juta. – MalaysiaGazette

Tags: Covid-19fbm klciFORBEStaikun malaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd