• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Cadang 4 Perkara Hadapi Kemelut Covid-19

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rangkaian bekalan makanan dan barangan keperluan asas tidak boleh putus.

Itu salah empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan bagi membantu rakyat dalam menghadapi kemelut penularan virus Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rangkaian bekalan makanan dan keperluan asas itu termasuk topeng muka, sanitizer, PPE, alat bantuan pernafasan dan ubat.

“Selain mendapat komitmen bekalan dari pengeluar dalam dan luar negara, kita patut galakkan kilang-kilang tempatan untuk meningkatkan pengeluaran barang-barang ini yang banyak bergantung kepada import.

“Jika krisis dunia bertambah teruk, kita akan mengalami persaingan hebat dan kesukaran untuk mendapati barang-barang ini.

“Masa itu tiada jaminan kita akan dibekal walaupun kita tawarkan harga lagi tinggi. Sebab itu, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada negara-negara lain kerana ada kemugkinan mereka akan mengharamkan eksport jika situasi bertambah teruk,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Kedua, kata Ahli Parlimen Pekan itu, kerajaan harus segera bantuan kewangan melalui pelbagai cara kepada rakyat.

“Get money into the people’s hands immediately. Bagi menyelamatkan ekonomi negara serta menjamin kelangsungan hidup golongan paling terjejas, kerajaan mesti memberi bantuan kewangan yang mencukupi melalui pelbagai cara.

“Ini termasuk meningkatkan dan memperluaskan bantuan BR1M, membenarkan pengeluaran dari akaun KWSP serta bantuan kepada mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atau diberhentikan kerja, peniaga kecil yang terpaksa tutup dan pekerja bergaji harian seperti pemandu Grab dan pemandu teksi,” ujarnya lagi.

Beliau mencadangkan kepada kerajaan untuk mengembalikan BR1M bujang bagi mereka di bawah umur 40 tahun dan menghapuskan dasar tak masuk akal PH untuk hanya bantu bujang berumur 40 tahun ke atas.

“Pada masa ini, kerajaan tidak boleh kedekut lagi. Ini dah jadi matter of survival untuk negara. Naikkan lagi peruntukan bagi projek-projek kecil yang boleh dilaksanakan serta-merta. Pastikan proses pemberian projek ini adalah amat cepat dan bayaran untuk projek ini tidak lambat.

“Jika sekadar menurunkan kadar faedah bank berkali-kali seperti yang dilaksanakan oleh rejim gagalkrasi PH pun tak guna. Siapa nak beli kereta, beli rumah atau melabur dalam bisness baru jika Covid-19 belum dapat dikawal dan orang ramai tak ada duit untuk belanja?” soalnya.

Ketiga, katanya, proses saringan mesti diteruskan dan arahan kuarantin dibuat jika perlu.

“Kapasiti dan usaha saringan mesti dipertingkatkan. Saya difahamkan bahawa KKM sudah pun merancang untuk meningkatkan jumlah saringan harian dari 3,500 sehari ke lebih 10,000 sehari.

“Namun, kapasiti ini masih tidak mencukupi kerana 10,000 sehari bermaksud 300,000 orang sebulan sahaja ataupun 1 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

“Lebih ramai dan lagi laju kita mampu saring, lagi cepat kita dapat menghalang Covid-19 untuk merebak,” katanya lagi.

Beliau juga mencadangkan rangkaian perubatan swasta serta syarikat insurans yang mengendalikan MySalam untuk membiayai secara penuh atau berkongsi kos dengan kerajaan untuk memberi ujian percuma kepada mereka yang percaya telah terdedah kepada risiko Covid-19.

“Kos ujian yang perlu ditanggung oleh rakyat sebanyak RM700 seorang tak masuk akal. Bagaimana golongan B40 mampu bayar?

“Ini bukan masa untuk syarikat-syarikat swasta untuk mengaut keuntungan lebihan,” katanya.

Keempat, usaha untuk menggalakkan orang ramai yang percaya mereka terdedah kepada risiko Covid-19 untuk menjalani saringan atau dikuarantinkan perlu ditingkatkan dan diperluaskan.

“Mereka perlu disanjung sebagai hero bila mereka berani tampil ke depan untuk diuji dan dikuarantin. Bukan dihina dan maklumat peribadi mereka ditularkan,” kata Najib. – MalaysiaGazette

Tags: Covid-19Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM600 Juta Untuk Kementerian Kesihatan Tangani COVID-19

Next Post

Lanjutan Masa Bayaran Balik PTPTN Kepada 6 Bulan

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

01/09/2024
0

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk...

Next Post

Lanjutan Masa Bayaran Balik PTPTN Kepada 6 Bulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd