• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzakarah Khas Bincang Hukum Berkaitan COVID-19

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan pandangan hukum berkaitan penularan coronavirus (COVID-19) akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan serta Raja di negeri-negeri bagi mendapat perkenan untuk tindakan selanjutnya.

Ia dicapai melalui satu Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang diadakan di Pulse Grande Hotel, Putrajaya di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam satu kenyataan malam ini, berkata mesyuarat berkenaan diadakan bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk membincangkan beberapa pandangan hukum berikutan penularan wabak COVID-19.

Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mempengerusikan mesyuarat itu yang dihadiri oleh semua mufti negeri atau wakilnya; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri dan wakil Majlis Agama Islam Negeri.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah; Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman, yang menyampaikan taklimat muktahir dan terkini berkenaan COVID-19.

“Ahli muzakarah juga telah meneliti pembentangan kajian pandangan hukum oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa al-Zuhaili (ACE) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Aizam Mas’od.

“Keputusan pandangan hukum tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan dan Raja negeri-negeri bagi mendapat perkenan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Zulkifli berkata, sebelum itu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan perbincangan bersama pimpinan jemaah tabligh Malaysia secara sidang video, yang dikendalikan oleh Dr Noor Hisham.

Beliau turut mengucapkan penghargaan atas kerjasama penuh dan komitmen jemaah tabligh Malaysia dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Pada masa sama, Zulkifli mengingatkan umat Islam di Malaysia supaya mematuhi semua makluman daripada KKM, Jabatan Mufti dan

Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing yang disampaikan dari semasa ke semasa. – BH Online

Tags: agama islamcoronavirusCovid-19hukumZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd