• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mungkin Kerah Tentera Jika Rakyat Ingkar Arahan

oleh
19/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHIDMAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin akan digunakan sekiranya kerajaan melihat pematuhan terhadap arahan kawalan pergerakan masih tidak dipatuhi rakyat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan penularan wabak Covid-19 ini dapat dikawal sebaik mungkin.

Menurutnya, kerajaan akui agak sukar untuk melaksanakan arahan kawalan pergerakan di kawasan kampung kerana kekurangan pemantauan daripada pihak berkuasa kecuali bantuan daripada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Jika pematuhan masih di peringkat 60 peratus, kerajaan mungkin akan gunakan khidmat anggota tentera untuk melakukan kawalan khususnya di kawasan luar bandar.

“Namun, saya yakin kita tidak perlu sampai ke tahap itu kerana rakyat perlu sedar kepentingan untuk mereka terus berada di rumah sehingga wabak ini dapat dikawal. Kerajaan yakin polis dapat laksanakan (pemantauan larangan kawalan pergerakan),” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Sementara itu, katanya, kafe dan kantin institusi pengajian tinggi diarah untuk dibuka bagi memudahkan penuntut yang perlu tinggal di asrama sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini mendapatkan bekalan makanan.

“Menteri Pengajian Tinggi meminta universiti dan insititusi pendidikan yang ditutup untuk mengadakan kelas secara atas talian dan mereka tidak boleh balik ke rumah sepanjang tempoh ini kerana kelas masih berlangsung,” katanya. – myMetro Online

Tags: Angkatan Tentera MalaysiaCovid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd