• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moody’s Analytics Ramal Harga Minyak Rendah Tahun Ini

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Moody’s Analytics mengunjurkan harga minyak rendah sepanjang 2020 selepas kegagalan perjanjian mengurangkan pengeluaran antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan Arab Saudi dan Rusia yang menyebabkan harga jatuh menjunam, penurunan terbesar sejak 1991.

Pakar Ekonomi Tenaga Moody’s Analytics, Chris Lafakis berkata, peserta pasaran perlu bersedia dengan jangkaan harga minyak diniagakan sekitar US$30 setong.

Menurutnya, peserta pasaran menjangkakan OPEC+ (negara-negara OPEC tambah 10 negara pengeluar minyak bukan-OPEC termasuk Rusia) melanjutkan perjanjian pengurangan pengeluaran yang dijadualkan berakhir pada Mac.

“Tetapi berdepan dengan berita bahawa Rusia tidak akan menyertainya, Arab Saudi memutuskan untuk mengikut jejak langkahnya. Negara itu membayangkan bahawa ia akan meningkatkan pengeluaran melebihi 10 juta tong sehari,” katanya dalam satu kenyataan.

Lafakis berkata tindakan itu memberikan tamparan hebat kepada pengeluar minyak ditambah lagi dengan penularan COVID-10 yang telahpun menjejaskan permintaan terhadap perjalanan dan pengangkutan.

“Dunia kini berdepan dengan lebihan bekalan minyak mentah yang nampaknya akan berterusan sehingga tempoh beberapa bulan,” katanya sambil menambah untuk memulihkan semula harga minyak memerlukan tiga syarat.

Syarat pertama, katanya, kebimbangan global terhadap pandemik COVID-19 perlu reda, kerana kebimbangan akan menjejaskan dengan ketara aktiviti ekonomi global, terutamanya dalam sektor perjalanan dan pelancongan.

Keduanya, eksplorasi dan pengeluaran minyak perlu dikurangkan: terutamanya pengeluar dengan kos paling tinggi di dunia dengan kitaran proses yang sangat pantas perlu berhenti mencari minyak.

Ketiganya, perselisihan geopolitik antara Arab Saudi dan Rusia perlu ditamatkan.

“Kerjasama mereka telah menstabilkan harga minyak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. tetapi tanpa kerjasama itu, pasaran minyak akan menjadi tidak menentu yang mana hanya pengeluar dengan kaedah pengeluaran yang paling padu boleh meraih keuntungan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Dasar Monetarinya, Ryan Sweet berkata impak daripada penurunan harga memberi kelebihan kepada perbelanjaan pengguna.

“Bagaimanapun, implikasi terhadap pelaburan berkaitan tenaga adalah tidak menentu kerana ia bergantung kepada pulang modal harga minyak.

“Justeru itu, penurunan harga minyak boleh menjejaskan ekonomi suku ini dan suku akan datang,” katanya.

Tags: harga minyak duniaMoody’s AnalyticsOPEC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Dunia Kembali Melonjak

Harga Minyak Dunia Kembali Melonjak

05/06/2023
0

SYDNEY: Harga minyak mentah melonjak selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu atau dikenali sebagai OPEC+ bersetuju untuk mengurangkan tahap...

Harga Minyak Dunia Akan Kekal Tinggi Bagi Tempoh Dua Tahun

04/06/2022
0

BANGKOK – Keputusan terbaharu Kesatuan Eropah (EU) memboikot hingga 90 peratus minyak dari Rusia menjelang hujung tahun ini akan menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd