• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Lapangkan Tarikh Bicara Kes Shafee

oleh
02/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tarikh perbicaraan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang diterimanya daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), telah dilapangkan.

Ketua pasukan pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Mahkamah Tinggi melapangkan tarikh perbicaraan berkenaan bagi memberi laluan kepada kes Najib membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. yang sedang dibicarakan.

“Mahkamah menetapkan 30 April untuk sebutan semula bagi membolehkan kami memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan kes-kes lain dan mahkamah akan menetapkan tarikh baharu,” katanya kepada pemberita selepas kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin di sini hari ini. 

Muhammad Shafee merupakan peguam utama bagi kedua-dua kes Najib.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz manakala peguam Sarah Abishegam dan Nur Syahirah Hanapiah mewakili Muhammad Shafee. 

Pada 27 Jun 2019,  Mahkamah Tinggi menetapkan 16 hari ini bermula 9 hingga 13 Mac, 30 Mac hingga 2 April, 12 hingga 14 Mei serta 18 hingga 21 Mei bagi mendengar kes berkenaan.

Muhammad Shafee, 66, dituduh membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya dan didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, J2 dan K1, Taman Tunku, Bukit Tunku.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga berhadapan dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim pada 3 Mac 2015 dan pada 29 Jun 2015.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.

Tags: 1MDBNajib Tun RazakShafee AbdullahSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd